Modenas Pulsar NS200
*Pros:*
1. Power delivery yg sgt smooth, acceleration mantap & bertenaga. Pengendalian mudah, motosikal xde rasa berat walaupun kerb weight 155kg
2. Tangki minyak 13 liter dgn fuel consumption yg cukup bagus. Ketika ambil motor tangki penuh, mileage pada odometer menunjukkan 251km. Ketika pulangkan selepas 3 hari, odometer sekitar 500km & ada 1 bar minyak lg dlm tangki, belum kira lg reserve yg ada. Kiranya dpt dlm 300km utk setangki penuh!
3. Kebolehan memecut 0-100kmj dgn sgt pantas utk sebuah jentera 200cc 4 lejang silinder tunggal. Tiada masalah utk kekal pd kelajuan 110-120kmj ketika jalan mendaki di sepanjang laluan lebuhraya MEX dr cyberjaya hgga Bkt Jalil
4. Top speed dicapai 150kmj (140kmj pd GPS). Berat penunggang solo sekitar 78kg. Gegaran enjin sgt minimum & tidak bising pd kelajuan tinggi meskipun rpm sudah mencapai kwsn merah (10k)
5. Penyerap hentakan dpn dan blkg berfungsi dgn sgt baik walaupun ketika jalan tidak rata & di selekoh, memastikan kemantapan semasa meleper juga
6. Lampu hadapan yg cukup terang dgn pecahan cahaya yg cukup luas utk tunggangan malam walaupun hanya menggunakan bulb H4 Halogen biasa. Panel meter juga sgt jelas & diberi pencahayaan penuh termasuk label2 spt starter, hon dll pd suis2 di handlebar.
7. Posisi tunggangan yg tidak begitu membongkok (namun x juga tegak) tetap selesa meredah jalan dgn kelajuan tinggi.
*Cons:*
1. Tiada gear indicator selain N atau sekurang2nya bila pd posisi top (6). Sering terlupa kerana terasa seolah2 ada lg gear yg perlu ditambah
2. Tayar stok yg dipasang memberi cengkaman baik di jalan kering, namun terasa sedikit 'geli' terutama ketika melalui garisan2 jalanraya. Peelu lebih berhati2 ketika jalan basah
3. Ekzos yg diletakkan di bawah perut motor...kurang praktikal jika terpaksa meredah banjir kecil sekalipun dikhuatiri jika enjin termati akibat tersilap gear/clutch handling.
** Untuk review yg lebih lengkap termasuk utk model Pulsar RS200 (full fairing), nantikan artikelnya di www.careta.my














Laahhh...tu dia....sebuah kancil putih melintang di lorong tengah...bahagian depannya rosak teruk sampai tak memungkinkan untuk ditolak ke tepi. Roda depan dah terkepak, dan pemandunya seorang wanita (mungkin berasal dari Sabah kalau dengar dialek percakapannya) sedang berada di tepi jalan sambil menelefon dengan mekap yang dah cair dek air mata. Takpelah, dia nampak selamat tanpa kecederaan. Aku bergerak perlahan ke depan sikit lagi dan satu lagi pemandangan amat merisaukan aku, membuatkan aku terus on hazard light & strobing light serta berhenti di tepi lebuhraya.
Tu dia...seorang penunggang motosikal, lelaki Melayu dah terbaring di tepi jalan, mungkin dah diangkat oleh mereka yang berhenti lebih dahulu daripada aku. Antaranya beberapa penunggang motosikal lain, seorang pemandu LIMO KLIA. Penunggang malang tu nampaknya macam cuma luka di tangan kanan, agak teruk tapi tak parah, tapi tak tau la ada cedera dalaman ke tak. Aku tanya sama ada ambulan sudah dipanggil dan pengurusan MEX telah dimaklumkan, memandangkan tak banyak yang aku boleh lakukan lagi untuk membantu. Aku diberitau kedua2nya telah dipanggil dan dimaklumkan. Tapi kalau tengok dari keadaan kancil tu, takkan berlanggar atau dilanggar dengan motor boleh jadi sampai macam tu?