Semua orang bercakap mengenai Palestin. Satu dunia. Semua media. Kutuk. Kecam. Kutip derma. Boikot. Itu saja kah yang boleh kita lakukan? Betul lah kini umat Islam umpama buih di lautan, jumlahnya begitu banyak tetapi tidak bermakna, lemah, di mana arus dan ombak hanyutkan, di situlah haluan. Takde kuasa. Kuasa buat bising je.
Begitulah lemahnya kuasa umat Islam. Apakan daya? Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya: "Sekiranya antara kamu yang melihat kemungkaran (kemusnahan), maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kuasa yang ada), jika tidak mampu, ubahlah dengan lisannya (kata-katanya, teguran), dan jika tidak mampu juga, ubahlah dengan hatinya (tidak merelakan), dan sesungguhnya yang demikian (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman." Biarpun selemah iman, namun pasti lebih baik dari tiada iman!
Kenapa umat Islam lemah? Kerana ekonomi bukan dipegang oleh kita. Ya ke? Lihat saje disekeliling Palestin. Negara-negara Arab yang kaya raya. Tapi, kenapa tak berkuasa? Kerana semuanya hanya seperti kerbau dicucuk hidung. Kuat tapi tak berani nak buat apa-apa. Mungkin dah kena gula-gula. Kita yang jauh beribu batu ni lagikan nak buat apa? Hanya mampu berdoa. Kutip derma. Boikot. Kecam. Kutuk. Lebih-lebih pun tak boleh, nanti kita pulak yang di bom sekutu Yahudi.
Percayalah. Selagi PBB (UN) masih dikuasai 5 kuasa veto (terutama AS), selagi negara-negara Arab Islam berjiran yang kaya hanya mementingkan diri dan takut untuk ambil tindakan ketenteraan, selagi itulah Palestin dan negara-negara Islam yang lain akan dibuli habis-habisan.
Baca lagi mengenai isu ini dan punca-puncanya di SINI. (Articles are in English)
Semoga Allah merahmati dan menyelamatkan seluruh umat Islam baik di Palestin mahupun di seluruh dunia. Aku yang lemah ini hanya mampu mengubah dengan hati, penulisan dan kata-kata. Dan marilah kita bina sendiri kekuatan ekonomi kita, agar kita tidak diperlekeh sesuka hati oleh golongan yang kejam ini. Ubah diri kita, ubah sikap kita, ubah cara hidup kita, ke arah yang lebih baik dalam keberkatan dan rahmat Allah S.W.T. Amin...