Friday, January 8, 2010

Avatar: Bukan Sekadar 'Auta'

Hujung tahun lepas, pada 29/12/2009, aku pergi menyaksikan filem Avatar di GSC Alamanda Putrajaya setelah mendapat beberapa respon yang menarik daripada rakan-rakan yang telah menontonnya. Aku yakin, ramai antara kalian yang membaca ulasan aku ini sama ada di YiP! ataupun melalui FB Notes aku, telahpun menonton filem ini. Terus terang, jika sekadar menonton promo di saluran TV utama (tak berbayar) yang pendek tu, aku menganggap ianya hanya sebuah lagi filem fiksyen sains fantasi (gabungan antara genre science fiction & fantasy) dan tiada apa yang terlebih istimewanya tentang filem ini. Namun, setelah menyaksikan sendiri di layar perak nan terbentang luas itu, aku sangat kagum dengan persembahannya.

Jika kalian mahukan sinopsis dan ulasan tentang cerita ini, memang bersepah di serata alam maya internet ini. Tak perlulah aku ceritakan segalanya di sini, siapa Neytiri, siapa kaum Na'vi, semuanya kalian boleh dapati dengan hanya beberapa klik di hujung jari. Apa yang aku ingin sampaikan dan kongsi di sini adalah pemahaman, kefahaman aku secara peribadi tentang apa yang tersurat dan tersirat di sebalik apa yang telah ditonjolkan melalui filem oleh pengarah hebat James Cameron ini.

Tidak dapat dinafikan, efek khas, CGI dan suasana yang ditimbulkan dalam filem ini memang hebat dan memukau. Segalanya nampak begitu realistik. Jalan cerita juga disusun begitu kemas dan sangat menarik sehinggakan aku tidak terasa langsung 3 jam telah berlalu, dan seolah masih berharap akan ada kesinambungan atau 'Avatar 2' pada masa akan datang. The excitement derives from it was non-stop and unstoppable! Tak keterlaluan jika aku mengatakan, sesungguhnya Avatar adalah filem yang paling menepati citarasa dan juga yang paling aku sukai seumur hidup menonton wayang. Memang aku teruja habis!

Kembali kepada apa yang aku faham tentang jalan cerita filem ini. Apabila menyaksikan cara hidup puak 'humanoid' Na'vi ini, mengingatkan aku tentang puak orang asli Amerika atau 'Red Indian' - kepercayaan mereka tentang hubungan secara langsung manusia dan alam, sebelum kedatangan kaum pendatang alias penjajah kulit putih ke tanah Amerika Utara. Betapa hidup mereka nampak begitu simple dan mudah, serta kecintaan tinggi dalam menjaga kesinambungan alam semulajadi. Kedatangan kaum kulit putih, jika dalam filem ini digambarkan dengan kedatangan manusia yang berasal dari bumi, cuba mengajar erti kemajuan teknologi kepada bangsa yang dianggap primitif dan ketinggalan. Tetapi hakikatnya, ada yang didambakan oleh si pendatang - hasil bumi atau dalam filem ini, galian berharga di planet tersebut.

Jika di Amerika ketika zaman Wild West dahulu, si koboi gila mencarigali emas, hingga sanggup menghalau malah membunuh puak-puak asli Red Indian yang menentang, Avatar menggambarkan manusia dengan kecanggihan teknologi dan persenjataan memerangi dengan kejam bangsa Na'vi ini setelah cubaan secara rundingan dan diplomasi gagal. Pada aku, mesej yang sama seolah disampaikan kepada pemimpin Amerika masa kini, yang akan cuba mencari justifikasi dalam mana-mana perang demi mendapatkan apa yang mereka mahukan. Contohnya perang teluk yang kononnya perlu dalam memerangi keganasan (war on terorrism) tetapi hakikat sebenarnya mereka mahu menguasai dan mendominasi pasaran minyak dunia!

Tidak dapat tidak, konsep menggunakan tubuh lain atau 'Avatar' seperti yang digambarkan dalam filem ini mengingatkan aku kepada sebuah filem yang tak berapa lama dulu di pawagam, 'Surrogates' lakonan aktor terkenal, si abang botak Bruce Willis. Bezanya Surrogates menggunakan 'android', cyborg atau robot (whatever u call it) yang sangat menyerupai manusia sebagai ganti tubuh manusia untuk menjalani kehidupan, melakukan kerja dan lain-lain, tidak seperti Avatar yang 'dilahirkan' atau dicipta sebagai suatu jasad organik yang hidup cuma tanpa roh dan nyawa jika tidak disambungkan kepada pengendalinya.

Secara ringkas, Avatar bukan sekadar sebuah filem yang memukau penonton dengan suatu fiksi, penipuan, khayalan dan angan semata, tetapi ianya membawa suatu mesej dan moral yang sangat jelas kepada mereka yang memahaminya. Betapa dalam kerakusan sesetengah manusia mengejar impian, kekayaan, kekuasaan dan kemahuan sehingga bukan sahaja sanggup membunuh sesama makhluk berakal yang lain, tapi turut memusnahkan keindahan dan kesinambungan alam semulajadi.

Akhir kata, ini semua adalah daripada kacamata peribadi aku, apa pula kata kalian?

* Read my other review on other films by clicking on the 'Reviews' or 'TV and Videos' label, or else, a review on HULK movie here.

Monday, January 4, 2010

Car for Sale: Toyota Avanza 1.3 manual 2005

*NOTE - THE CAR HAS BEEN SOLD. TQ
















Email: yuzray@streamyx.com
Telephone number: 0143653525

Category: Cars, For sale

Subject: Toyota Avanza 1.3 manual - 05 1 Malay owner

Engine Capacity:1300 cc
Accessories:
Make:Toyota
Mileage:75 000 - 79 999
Model:Avanza
Reg. year:2005
Transmission:Manual
Post code:43300


Text:
My Location: Seri Kembangan, Selangor

85% loan provided based on market value (RM41,300) by Public Bank at RM35,000,
9 years 4% interest with monthly payment RM441.

Accident free with minor scratches and dent, Road Tax & Comprehensive
Insurance until September 2010.

New tyres (just changed December 09) size 195/60/15 with Japan sport alloy
rims.

New absorbers (December 09) APM Performax with optional APM Performax Sport
Springs (can change back to stock/standard springs if you like)

Toyota Estima's Radio CD Player with NTSC 7 inch monitor (with RCA input for
portable DVD/VCD player)

Handrest between driver & passenger seat installed.

Optional Zenden front stablizer bar installed.

Solar film (silver tinted) on all glass windows (except windscreen)

Interested or more info please call from 10am-10pm only. SMS won't be
entertained at most times.

Price: RM 39000

* To see this advertisement at mudah.com.my, please click HERE.