Sunday, November 14, 2010

Lagi-lagi Kejadian...hmmm...

Hujan di pagi Jumaat 12 November 2010 menyebabkan aku tidak dapat menggerakkan jentera dua rodaku untuk ke tempat kerja pada waktu yang sepatutnya seperti biasa. Bukanlah kerana takut basah, baju hujan kan ada, tapi menunggang ketika hujan sememangnya bahaya kerana jalan licin, dan pandangan penunggang mahupun pemandu lain agak terbatas. Jadi aku mengambil keputusan untuk minum pagi dahulu dengan sahabatku Zahir di restoran mamak berhampiran rumahku sementara menanti hujan reda. For me, my safety is more valuable than my job!

Sebaik hujan reda lebih kurang jam 9.30 pagi, aku pun bergerak menuju ke pejabat, dan seperti biasa menggunakan hiway MEX. Jalan masih basah, jadi aku memperlahankan kelajuan daripada yang biasa menyelusuri lebuhraya yang sudah kurang sibuknya.

Selepas melalui susur keluar salak selatan dan selekoh berhampiran bangunan NIRVANA sebelum sampai ke selekoh seterusnya, ternampak dari jauh dua orang penunggang motosikal di tepi jalan melambai-lambai memberi isyarat agar pengguna lebuhraya memperlahankan kenderaan. Apahal la plak ni? Ada eksiden plak ker? Aku pun melepaskan throttle untuk memperlahankan tunggangan.

Laahhh...tu dia....sebuah kancil putih melintang di lorong tengah...bahagian depannya rosak teruk sampai tak memungkinkan untuk ditolak ke tepi. Roda depan dah terkepak, dan pemandunya seorang wanita (mungkin berasal dari Sabah kalau dengar dialek percakapannya) sedang berada di tepi jalan sambil menelefon dengan mekap yang dah cair dek air mata. Takpelah, dia nampak selamat tanpa kecederaan. Aku bergerak perlahan ke depan sikit lagi dan satu lagi pemandangan amat merisaukan aku, membuatkan aku terus on hazard light & strobing light serta berhenti di tepi lebuhraya.

Tu dia...seorang penunggang motosikal, lelaki Melayu dah terbaring di tepi jalan, mungkin dah diangkat oleh mereka yang berhenti lebih dahulu daripada aku. Antaranya beberapa penunggang motosikal lain, seorang pemandu LIMO KLIA. Penunggang malang tu nampaknya macam cuma luka di tangan kanan, agak teruk tapi tak parah, tapi tak tau la ada cedera dalaman ke tak. Aku tanya sama ada ambulan sudah dipanggil dan pengurusan MEX telah dimaklumkan, memandangkan tak banyak yang aku boleh lakukan lagi untuk membantu. Aku diberitau kedua2nya telah dipanggil dan dimaklumkan. Tapi kalau tengok dari keadaan kancil tu, takkan berlanggar atau dilanggar dengan motor boleh jadi sampai macam tu?

Haa...rupanya ni semua angkara sebuah Waja dipandu seorang remaja Cina. Menurut ceritanya, Waja tersebut dipandu laju dan terbabas akibat selekoh yang licin sebelum menghentam kancil dan seterusnya motosikal tersebut. Bodoh punya Ah Beng, dah tau jalan baru lepas hujan lagi mau pecut dekat selekoh tu! Untung takde sesiapa mati, kalau tak nak je aku ajak yang ada kat situ pelupuh itu Ah Beng sampai lembik baru serah kat polis, biar dia ingat sampai mati supaya bawak kereta jangan macam setan!

Itu Ah Beng muka dah panik, kena ceramah plak lagi dengan beberapa lelaki yang berhenti membantu tadi. Suami wanita pemandu kancil tadi pun dah sampai untuk tenangkan isterinya (ke gf aku tak pasti) yang dah kurang ranggi berbanding masa keluar rumah tadi gamaknya. Selang beberapa minit, pikap trak MEX sampai di tempat kejadian untuk mengawal lalulintas sementara menunggu ambulan dan trak tunda untuk sampai di situ. Melihat keadaan dah terkawal dan takde apa yang boleh aku bantu lagi, luka si penunggang pun dah dirawat ala kadar, aku pun hidupkan enjin dan menunggang menuju ke pejabat meninggalkan tempat kemalangan dengan hati yang agak bengkak...

Sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan semua, pandu dan tungganglah dengan cermat, lagi2 ketika cuaca buruk mahupun ketika jalan masih basah. Jalanraya bukan tempat berlumba atau tunjuk skill anda dan betapa hebatnya jentera anda. Jangan kerana kita orang lain turut mendapat musibah....Nauzubillah!

Thursday, November 4, 2010

Kejadian di Pasar Malam

Setelah sekian lama tidak menulis /menaip / menempel entri di blog kesayangan aku yang satu masa dulu sangat rajin di-update ni, terpanggil aku nak menulis satu kejadian yang aku lalui malam semalam di pasar malam Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan.

Kesibukan bekerja dan juga notis "Blocked by Websense" serta quota 10 minit untuk melayari blog di opis aku (macam hampeh pandirnya) menyebabkan blog aku ni semakin sepi. Lepas waktu bekerja plak dah sibuk tengok apa yang berlaku di FB.

Semalam, lepas opis hour, aku pi MacDonas Auto Jln Ipoh, bengkel panel specialist dan terrorist bagi Elegan dan yang seangkatan dengannya. Tukar belt yg dah berusia 17,000km = RM95, spark plug = RM15, air filter = RM35 (humang aiii harga air filter ori kalah kereta punya), upgrade ke roller Dr.Pulley SRDP 13.5g = RM100, roller lama ori tu pun dah nampak bercalar. Campur upah servis CVT, RM270 jugak le terbang kat semi-maxi-sexi-scoot aku nih! Takpelah, demi keselamatan & keselesaan...

* gambar sekadar hiasan...ni bukan cvt scoot aku

Maka tunggangan pulang melalui MEX dan seterusnya exit ke sungai besi menjadi litar percubaan setting terbaru selepas servis nih. Hmm...boleh lah tahan...nak kata gempak tu tak le sangat, tapi kalau dulu 120km/j rpm dah 9 cecah redline, sekarang cuma 8. Jadi boleh kata pada kelajuan tu skrg minyak insya-Allah lebih save, dan enjin lebih kurang sikit bebannya...

Ehh...ni apa citer pasal motor plak ni...bukan tajuk pasar malam ker?? alah...lari tajuk sikit sebagai mukadimah jerr...rilekssss...geng eleganet & eleganyot aku yang baca post ni suke citer moto berbanding kisah lain...hehehe :D

Maka sampailah aku kat pasar malam setelah dipendekkan cerita perihal ride tadi. Lepas parking, aku pi kat gerai aksesori henpon, beli charger untuk pakai kat cigarette lighter moto aku...kot2 la tgh ride betri kong, leh la charge on-the-road mcm pakai kat kereta jugak lah kan... dan lepas tu aku pun gerak menuju ke gerai2 yang jual makanan plak.

* gambar sekadar hiasan...bukan kat pasar malam yang aku pi smlm

Ketika melalui satu gerai sup utara, aku terperasan macam orang berkerumun. Eh, apahal plak ni...? Orang jual obat kuat goji ka? Takkan tengah2 pasar malam ada eksiden plak? Orang Malaysia ni biasanya berkerumun kat lokasi eksiden tu setakat nak tengok je, bukan la tolong sangat pun. Maka selaku warga Malaysia yang juga perihatin dan perinyibok, aku pun menjenguk dari jauh. eh...apahal plak ada sorang kakak ni tengah pelok sorang budak pompuan ni...tangkap pencurik ke...ke gadoh berebut laki ker? Aku pun makin menghampiri lokasi...

Setelah aku amati dengan teliti, rupanya ada sorang budak perempuan terpitam di tengah jalan pasar malam tu. Ish...low-blood pressure atau apa hal budak nih? Aku terus keluar suara "Tolong jangan berkerumun yer...bagi dia angin sikit..." selaku bekas ahli PBSM dan jugak staff KPJ Healthcare Bhd walaupun bukan kakitangan perubatan, aku rasa terpanggil untuk membantu sekurang2nya bagi budak tu bernafas sikit. Aku tengok wanita yang peluk budak ni tadi rupanya nak tolong angkat dia. Sorang lelaki yang aku agak ayah atau abang dia ada sekali kat situ, terkial2 cuba angkat budak tu. Ish, tengok badan mcm lagi gagah dari aku, takkan budak perempuan bersaiz sederhana macam budak form1-2 pun tak larat nak angkat?

Kat hujung pasar malam tu memang aku tau ada satu klinik...kadang kalau sakit aku pi klinik tu lah...Dr. Jameaton yang punya...korang kenal tak? Ha, tak kenal takpe, tak penting, yang penting budak ni kena bawak ke situ dulu. Setelah beberapa meter aku tengok tak kena gaya cara budak tu diangkat, aku pun minta izin untuk tolong angkat. Sampai klinik, aku dan mamat tu....eh...mana mamat tadi, apasal makcik ni plak yang tolong aku angkat budak ni? Dah dah...lantak pi mamat tu...kami terus letakkan budak tu atas sofa tempat patient menunggu. Aku angkat kakinya biar lututnya atas, luruskan kepalanya biar dia boleh bernafas lebih baik. Dia macam separuh sedar, jadi tak perlulah CPR. Doktor takde kat klinik masa tu, makan malam sekejap dan solat maghrib lah tu, so aku suruh nurse call minta doktor datang cepat.
*lagi gambar hiasan...dan bukan aku yang lukis

"Cik, tolong dresskan luka kat dahi dia nih yer," aku tunjuk kat dahinya yang luka mungkin akibat terhantuk ke jalan masa dia tumbang tadi. Eh, luka rupanya...kakitangan klinik tu terkejut. Ish...kalau aku tak cakap tadi tatau la ko ek? Kesian budak ni...aku pun minta izin untuk beredar. Rupanya kakak budak tu ada kat tepi aku selama ni, tapi tengah dukung anak kecik so tak dapat buat apa2. Suami dia lah lelaki yang memula nak tolong angkat tapi tak larat tadi tu. Kakak budak tu ucap terima kasih kat aku, dan aku cakap tunggu doktor sampai, kalau perlu doktor akan refer kepada hospital barulah pi bawak.

Kat luar klinik, aku pun menyalakan asap nikotin aku...agak penat. Sambil tu aku berborak dengan brader abang budak tadi...tanya dia ni ayah budak tu ker...rupanya abang. Katanya budak tu penat sangat kot, lately sibuk kerja...eh, dah kerja ke? Aku ingat budak skolah lagi...rupanya dah kerja kat Giant Seri Kembangan yang baru bukak tu (comel gak budak tu, dah sampai klinik baru aku prasan...hehehe). Takpelah, yang penting dia dah selamat sampai klinik. Tanggungjawab sosial aku dah selesai. Aku pun bagi name card aku kat brader tu dan berlalu.

Tu lah dia kisah kejadian kat pasar malam semalam. Bukan nak share sini sebab nak kata aku ni baik ke hero ke bagus sangat ke, tapi moralnya kita kenalah jadi masyarakat perihatin yang sedia membantu bila-bila masa jika kita mampu, bukan sekadar jadi penonton yang menyesakkan jalan jer! Nak kira letih, masa tu memang aku dah letih sangat...tapi apalah sangat jika kita fikirkan satu hari mungkin benda macam tu boleh terjadi kat kita atau keluarga kita, dan kalau takde sape nak tolong...?? Nauzubillah...


Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri - Sebuah Kisah Perihal Balik Kampung Untuk Renungan

Aidilfitri bakal menjelang tiba. Pasti sibuk masing-masing dengan persiapan untuk menyambut hari raya. Yang ada kampung, mesti sibuk juga dengan persiapan nak balik kampung. Cerita yang akan saya kongsi kali ini telah dimajukan kepada saya melalui email oleh seorang kenalan. Sama-samalah kita renungkan, kalau boleh terima, Alhamdulillah. Kalau tak boleh terima, terserahlah. Bak kata ustazah kat tv yang merupakan isteri kepada bekas warden asrama saya masa sekolah tu; "Anda buat, anda dapat". Wallahu A'lam & Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung YiP! :)

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang. Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Baca artikel ini sepenuhnya ye ~~

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie… dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik . (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6) Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak?
.
Ateh & Acik : Betul. mestilah ghumah ibu dulu...
.
Ibu : Dengar dulu… contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
.
Ateh & Acik : Ghumah ibulah…
.
Ibu : Tidak… ibu tidak izinkan kamu balik ke sini… baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu… ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.
.
Ateh : Mengangguk... (tanda faham ler tue... dia nie banyak ikut perwatakan ibu… penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut… diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).
.
Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh… kena gilir-gilirlah baru adil (dia nie memang kaki bangkang pun… outspoken skit kalau dia tak puas ati).
.
Ibu : Ingatlah… jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti… taatlah pada suami dan mentua...
.
Acik : Macam kaum h**** lak… Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak.
.
Ibu : Bukan macam tu… Islam tu indah… setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu… dan seperkara lagi… untuk menjaga suami tidak sesusah mananye… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM… JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA... InsyaAllah dia tak akan ke mana… kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga… Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala…


Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu… jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu-bapa… Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)…

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar…

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).
.
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
.
Abang ipar : Tidak bu… saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
.
Abang ipar : Mereka tiada halangan.

(dalam hati saya rasa terkilan… apalah ibu nie… biarkan jerlah Acik nak beraya disini).
.
Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu… lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata). Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.
..
Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain… (tak boleh cerita panjang... dah masuk bab mengumpat lak…).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga… masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri… sempurna kah sudah aku sebagai seorang menantu?

Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?

Berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu???

Ya Allah… berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai… Aminnnnnn...

.
Moral of the story Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2.

Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri a.k.a anak perempuan , jangan sampai jadikan suami anak derhaka…

Monday, August 2, 2010

The Elderly Irish Virgin

Some of you might have read this somewhere, but well...what the heck!

In a tiny village on the Irish coast lived an old lady, a virgin and very proud of it.

Sensing that her final days were rapidly approaching, and desiring to make sure everything was in proper order when she dies, she went to the town's undertaker (who also happened to be the local postal clerk) to make proper final' arrangements. As a last wish, she informed the undertaker that she wanted the following inscription engraved on her tombstone:

'BORN A VIRGIN, LIVED AS A VIRGIN, DIED A VIRGIN'

Not long after, the old maid died peacefully. A few days after the funeral as the undertaker—postal clerk went to prepare the tombstone that the lady had requested, it became quite apparent that the tombstone that she had selected was much too small for the wording that she had chosen He thought long and hard about how he could fulfil the old maid's final request, considering the very limited space available on the small piece of stone.

For days, he agonized over the dilemma. But finally his experience as a postal worker allowed him to come up with what he thought was the appropriate solution to the problem.
The virgin's tombstone was finally completed and duly engraved, and it read as follows:

'RETURNED, UNOPENED'


Saturday, June 12, 2010

Aku tersondol di awal pagi...

Insiden pagi 11062010.

pagi ni, nak kata aku terlewat sangat tu taklah, sebab pernah lagi lewat, tapi 8.10 pagi baru bertolak keluar nak menuju ke opis aku di titiwangsa dari tmn equine, seri kembangan.

setelah memanjat longkang & divider di R&R Seri Kembangan lebuhraya MEX sperti pagi2 bekerja nan lainnya, aku pun memecut macam biasa pada kelajuan standard 100-110km/j. sesekali berdebar bila layan korner mex nih sbb absorber standardku walau baru berusia tak sampai 5 bulan, agak berayun alunan punggungnya.

maka hampirlah aku di penghujung mex nak menyusur ke jalan tun razak, tiba2 satu amoi memandu kereta hitam menukar lorong tanpa isyarat, untung aku memang dah memperlahankan kelajuan cuma aku hon sekali je dgn ringkas...tetiba melawan plak dia hon aku balik. aku pun brek...sbb takde moto lain follow belakang aku...dan ushar dia yg buat muke kering tak berani ushar aku balik atau angkat tgn minta mahap ke. nak je aku sepak pintu dia, tapi memandangkan lagi 5 minit 8.30 aku nak clock-in, aku malas cari pasal. Kalau banyak masa memang ada yg kena cabul kat situ!

tiba2 ketika aku plak nak menukar lorong, kereta hitam di depanku (hitam lagik) berenti, ye lah tgh jem kan. aku plak tgh toleh takut ada moto lain nak lalu ke, terus tersondol manja bumper kereta itew. Aiseh...aku tengok, tak kemek tapi calar sikit jadi putih beberapa garisan bumper hitamnya. aku pun menunggang ke sebelahnya mintak maaf sambil cakap "no worry sir, no dent" (jgn risau incik, tada kemek) dan dibalas oleh si apek berwajah skema "ok2 i'll check". Mana ada masa dan tempat nak berenti tgh2 jem sebelum persimpangan tun razak - bkt bintang tu kan...aku pun blah terus ke depan.

sampai opis, aku ushar apa jadi kat moto aku. fender/mudguard depan kat bahagian muncung calar sket serupa mcm kat bumper orang tu...adil lah kan? tapi..ni lah calar pertama aku dapat utk ellyku...huhuhu...akan ku upload gambirnya di fb nnt maka sahabat-sahibulku sekelian, hati2 di jalan raya walaupun ketika jem yerr...sekian terima kasim.

Wednesday, April 28, 2010

Nyaris aku tergolek!

Sebuah pengalaman saspen menyentuh sanubari.

Jam menunjukkan hampir 5 petang. Dengan besi monorack yang bakal aku modify mengikut citarasa aku di kedai grill dekat2 rumah aku terletak kemas di floorboard dalam plastiknya lagi, aku melihat langit yang ntah bila nak cerahnya. Hujan aje dari sebelum aku meeting kat kpj damansara specialist hospital jam 4 petang tadi. Tak sabar menanti, aku menyarung baju dan seluar hujan lantas meninggalkan perkarangan hospital. Nyalakan lampu dan running light sekali. Ye lah...hujan2 ni biar la orang nampak kita sikit.

Aku pun menunggang dengan penuh cermat bak tok siak pulang dari surau, kelajuan nan sederhana menyelusuri LDP menuju ke arah putrajaya. Agak risau, aku tak berapa gemar menunggang dalam hujan, baik kerana jalan licin mahupun penglihatan yang kurang jelas. Sampai di sunway, kereta berderet2. Maka aku pun mencelah. Sesekali hella terpekik singkat memberi amaran kepada kereta yang suka2 hati hendak menukar lorong. Tak nampak ke aku nak lalu?

Nak dijadikan cerita, sedang aku mencelah, tetiba balancer kanan handle aku tersangkut side mirror entah kereta siapa yang tak reti la nak bagi ruang elok untuk kami penunggang motosikal marhain yang sopan ini. Gedegangggg!! Dengan kelajuan lebih kurang 40km/j saje, moto aku terhuyung-hayang hampir hilang keseimbangan. Untung aku tak refleks menarik brek...kalau tak pastinya si elly mencium basahnya tar di bawah itu, dan barangkali aku pun turut lemas dalam kucupan asphalt!

Pesan aku, hati2 bila mencelah. Hati bukan kristal. Elegan bukan moskito (tu perumpamaan aku bekas pemilik moskito yg hebat kalau bab mencelah bedah). Ni kali kedua elly aku tersangkut side mirror kereta yang tak reti jalan lurus dalam lorong mereka. Aku yang memang penunggang berhemah lagikan tersangkut, inikan plak ceng meleper...hehe! Sekian, tu je cerita aku untuk tengah malam ni. Selamat malam semua, dan selamat beramaaallll....kecabotaaannnnn!!! :D

Friday, March 5, 2010

HOW TO CALL THE POLICE WHEN YOU'RE OLD!

It has been a while since I updated this blog, so for now I would like to share a really good story which I got from an e-mail. READ IT THROUGH! :D


George Phillips , an elderly man, from Meridian , Mississippi , was going up to bed, when his wife told him that he'd left the light on in the garden shed, which she could see from the bedroom window. George opened the back door to go turn off the light, but saw that there were people in the shed stealing things.

He phoned the police, who asked "Is someone in your house?"
He said "No," but some people are breaking into my garden shed and stealing from me.

Then the police dispatcher said "All patrols are busy. You should lock your doors and an officer will be along when one is available."

George said, "Okay."
He hung up the phone and counted to 30. Then he phoned the police again.

"Hello, I just called you a few seconds ago because there were people stealing things from my shed. Well, you don't have to worry about them now because I just shot them." and he hung up.

Within five minutes, six Police Cars, a SWAT Team, a Helicopter, two Fire Trucks, a Paramedic, and an Ambulance showed up at the Phillips'residence, and caught the burglars red-handed.

One of the Policemen said to George , "I thought you said that you'd shot them!"



George said, "I thought you said there was nobody available!"


(True Story) I LOVE IT!
Don't mess with old people

Friday, January 8, 2010

Avatar: Bukan Sekadar 'Auta'

Hujung tahun lepas, pada 29/12/2009, aku pergi menyaksikan filem Avatar di GSC Alamanda Putrajaya setelah mendapat beberapa respon yang menarik daripada rakan-rakan yang telah menontonnya. Aku yakin, ramai antara kalian yang membaca ulasan aku ini sama ada di YiP! ataupun melalui FB Notes aku, telahpun menonton filem ini. Terus terang, jika sekadar menonton promo di saluran TV utama (tak berbayar) yang pendek tu, aku menganggap ianya hanya sebuah lagi filem fiksyen sains fantasi (gabungan antara genre science fiction & fantasy) dan tiada apa yang terlebih istimewanya tentang filem ini. Namun, setelah menyaksikan sendiri di layar perak nan terbentang luas itu, aku sangat kagum dengan persembahannya.

Jika kalian mahukan sinopsis dan ulasan tentang cerita ini, memang bersepah di serata alam maya internet ini. Tak perlulah aku ceritakan segalanya di sini, siapa Neytiri, siapa kaum Na'vi, semuanya kalian boleh dapati dengan hanya beberapa klik di hujung jari. Apa yang aku ingin sampaikan dan kongsi di sini adalah pemahaman, kefahaman aku secara peribadi tentang apa yang tersurat dan tersirat di sebalik apa yang telah ditonjolkan melalui filem oleh pengarah hebat James Cameron ini.

Tidak dapat dinafikan, efek khas, CGI dan suasana yang ditimbulkan dalam filem ini memang hebat dan memukau. Segalanya nampak begitu realistik. Jalan cerita juga disusun begitu kemas dan sangat menarik sehinggakan aku tidak terasa langsung 3 jam telah berlalu, dan seolah masih berharap akan ada kesinambungan atau 'Avatar 2' pada masa akan datang. The excitement derives from it was non-stop and unstoppable! Tak keterlaluan jika aku mengatakan, sesungguhnya Avatar adalah filem yang paling menepati citarasa dan juga yang paling aku sukai seumur hidup menonton wayang. Memang aku teruja habis!

Kembali kepada apa yang aku faham tentang jalan cerita filem ini. Apabila menyaksikan cara hidup puak 'humanoid' Na'vi ini, mengingatkan aku tentang puak orang asli Amerika atau 'Red Indian' - kepercayaan mereka tentang hubungan secara langsung manusia dan alam, sebelum kedatangan kaum pendatang alias penjajah kulit putih ke tanah Amerika Utara. Betapa hidup mereka nampak begitu simple dan mudah, serta kecintaan tinggi dalam menjaga kesinambungan alam semulajadi. Kedatangan kaum kulit putih, jika dalam filem ini digambarkan dengan kedatangan manusia yang berasal dari bumi, cuba mengajar erti kemajuan teknologi kepada bangsa yang dianggap primitif dan ketinggalan. Tetapi hakikatnya, ada yang didambakan oleh si pendatang - hasil bumi atau dalam filem ini, galian berharga di planet tersebut.

Jika di Amerika ketika zaman Wild West dahulu, si koboi gila mencarigali emas, hingga sanggup menghalau malah membunuh puak-puak asli Red Indian yang menentang, Avatar menggambarkan manusia dengan kecanggihan teknologi dan persenjataan memerangi dengan kejam bangsa Na'vi ini setelah cubaan secara rundingan dan diplomasi gagal. Pada aku, mesej yang sama seolah disampaikan kepada pemimpin Amerika masa kini, yang akan cuba mencari justifikasi dalam mana-mana perang demi mendapatkan apa yang mereka mahukan. Contohnya perang teluk yang kononnya perlu dalam memerangi keganasan (war on terorrism) tetapi hakikat sebenarnya mereka mahu menguasai dan mendominasi pasaran minyak dunia!

Tidak dapat tidak, konsep menggunakan tubuh lain atau 'Avatar' seperti yang digambarkan dalam filem ini mengingatkan aku kepada sebuah filem yang tak berapa lama dulu di pawagam, 'Surrogates' lakonan aktor terkenal, si abang botak Bruce Willis. Bezanya Surrogates menggunakan 'android', cyborg atau robot (whatever u call it) yang sangat menyerupai manusia sebagai ganti tubuh manusia untuk menjalani kehidupan, melakukan kerja dan lain-lain, tidak seperti Avatar yang 'dilahirkan' atau dicipta sebagai suatu jasad organik yang hidup cuma tanpa roh dan nyawa jika tidak disambungkan kepada pengendalinya.

Secara ringkas, Avatar bukan sekadar sebuah filem yang memukau penonton dengan suatu fiksi, penipuan, khayalan dan angan semata, tetapi ianya membawa suatu mesej dan moral yang sangat jelas kepada mereka yang memahaminya. Betapa dalam kerakusan sesetengah manusia mengejar impian, kekayaan, kekuasaan dan kemahuan sehingga bukan sahaja sanggup membunuh sesama makhluk berakal yang lain, tapi turut memusnahkan keindahan dan kesinambungan alam semulajadi.

Akhir kata, ini semua adalah daripada kacamata peribadi aku, apa pula kata kalian?

* Read my other review on other films by clicking on the 'Reviews' or 'TV and Videos' label, or else, a review on HULK movie here.

Monday, January 4, 2010

Car for Sale: Toyota Avanza 1.3 manual 2005

*NOTE - THE CAR HAS BEEN SOLD. TQ
















Email: yuzray@streamyx.com
Telephone number: 0143653525

Category: Cars, For sale

Subject: Toyota Avanza 1.3 manual - 05 1 Malay owner

Engine Capacity:1300 cc
Accessories:
Make:Toyota
Mileage:75 000 - 79 999
Model:Avanza
Reg. year:2005
Transmission:Manual
Post code:43300


Text:
My Location: Seri Kembangan, Selangor

85% loan provided based on market value (RM41,300) by Public Bank at RM35,000,
9 years 4% interest with monthly payment RM441.

Accident free with minor scratches and dent, Road Tax & Comprehensive
Insurance until September 2010.

New tyres (just changed December 09) size 195/60/15 with Japan sport alloy
rims.

New absorbers (December 09) APM Performax with optional APM Performax Sport
Springs (can change back to stock/standard springs if you like)

Toyota Estima's Radio CD Player with NTSC 7 inch monitor (with RCA input for
portable DVD/VCD player)

Handrest between driver & passenger seat installed.

Optional Zenden front stablizer bar installed.

Solar film (silver tinted) on all glass windows (except windscreen)

Interested or more info please call from 10am-10pm only. SMS won't be
entertained at most times.

Price: RM 39000

* To see this advertisement at mudah.com.my, please click HERE.