Thursday, June 1, 2017

Modenas Pulsar NS200 - Review Ringkas

Modenas Pulsar NS200

*Pros:*

1. Power delivery yg sgt smooth, acceleration mantap & bertenaga. Pengendalian mudah, motosikal xde rasa berat walaupun kerb weight 155kg

2. Tangki minyak 13 liter dgn fuel consumption yg cukup bagus. Ketika ambil motor tangki penuh, mileage pada odometer menunjukkan 251km. Ketika pulangkan selepas 3 hari, odometer sekitar 500km & ada 1 bar minyak lg dlm tangki, belum kira lg reserve yg ada. Kiranya dpt dlm 300km utk setangki penuh!

3. Kebolehan memecut 0-100kmj dgn sgt pantas utk sebuah jentera 200cc 4 lejang silinder tunggal. Tiada masalah utk kekal pd kelajuan 110-120kmj ketika jalan mendaki di sepanjang laluan lebuhraya MEX dr cyberjaya hgga Bkt Jalil

4. Top speed dicapai 150kmj (140kmj pd GPS). Berat penunggang solo sekitar 78kg. Gegaran enjin sgt minimum & tidak bising pd kelajuan tinggi meskipun rpm sudah mencapai kwsn merah (10k)

5. Penyerap hentakan dpn dan blkg berfungsi dgn sgt baik walaupun ketika jalan tidak rata & di selekoh, memastikan kemantapan semasa meleper juga

6. Lampu hadapan yg cukup terang dgn pecahan cahaya yg cukup luas utk tunggangan malam walaupun hanya menggunakan bulb H4 Halogen biasa. Panel meter juga sgt jelas & diberi pencahayaan penuh termasuk label2 spt starter, hon dll pd suis2 di handlebar.

7. Posisi tunggangan yg tidak begitu membongkok (namun x juga tegak) tetap selesa meredah jalan dgn kelajuan tinggi.

*Cons:*

1. Tiada gear indicator selain N atau sekurang2nya bila pd posisi top (6). Sering terlupa kerana terasa seolah2 ada lg gear yg perlu ditambah

2. Tayar stok yg dipasang memberi cengkaman baik di jalan kering, namun terasa sedikit 'geli' terutama ketika melalui garisan2 jalanraya. Peelu lebih berhati2 ketika jalan basah

3. Ekzos yg diletakkan di bawah perut motor...kurang praktikal jika terpaksa meredah banjir kecil sekalipun  dikhuatiri jika enjin termati akibat tersilap gear/clutch handling.

** Untuk review yg lebih lengkap termasuk utk model Pulsar RS200 (full fairing), nantikan artikelnya di www.careta.my