Tuesday, December 22, 2009

Alam & Manusia, Gaya & Bahasa: Kawal Latah Anda!

Salam,

Dah lama aku tak update blog aku yang serba sederhana nih....tapi hari ni terpanggil plak untuk berkongsi sesuatu dengan para pengunjung YiP! ni khas nya dan My Notes di FB amnya. Sebelum tu, aku nak kongsi satu cerita ringkas yang turut aku letak di status FB ku:


Aku teringat kisah seorang bekas anak murid kak long aku, darjah 1 yang mengadu: "teacher...si polan ni mencarut!" "Ha?? Apa dia cakap? Meh teacher cili mulut dia!!" "Dia cakap 'spender' tadi, teacher!" :D (and some adults are also even more immature than this cute little kid!)

Itu lah budak2...mungkin padanya pakaian dalam adalah sesuatu yang 'taboo' untuk disebut!

Kadangkala, apa yang kita rasakan sebagai perkataan yang tak elok atau mencarut tapi tidak pada orang lain atau di sesetengah tempat yang lain. Contohnya (maaf jika ada yang rasa perkataan ni tak elok) 'pantat' bermaksud belakang atau punggung di Indonesia dan sesetengah kawasan di Malaysia Timur, 'punggung' pula bermaksud belakang badan dalam bahasa Indonesia, dan ekor pula dipanggil 'buntut', sedangkan buntut atau bontot ialah punggung pula pada kebanyakan orang Malaysia. Jadi jangan pelik kalau nanti ada yang bertanya, "bapak mau sup buntut ya?"

Perbezaan maksud dan fahaman bukan terhad merentasi sempadan geografi dan kawasan, malah golongan dan masa juga. Jika pada tahun 60an kita bercakap "wa caya lu" maka kita akan difahami sebagai 'mempercayai' seseorang itu, padahal ia bermaksud "saya kagum/suka/hormat dengan awak"bergantung pada konteks penggunaannya. Perkataan 'caya' juga sering digunakan oleh sesetengah kelompok masyarakat juga, terutama golongan muda dan rock, bukan pakcik2 atau makcik2!

Baru-baru ini ada antara kenalan di FB yang tersinggung lantas melenting, mungkin gara2 penggunaan perkataan takaful-mulut atau comolot-insurance yang telah aku letakkan dalam satu komen. Walaupun aku anggap ianya sesuatu yang remeh dan tidak mencarut, lucah dan sebagainya tetapi sesetengah manusia beranggapan ianya tidak sopan. Pada mulanya aku rasakan sungguh jumud dan cetek sekali pemikiran orang2 yang melenting ini, tapi bila difikirkan kembali aku tak salahkan mereka, mungkin mereka tergolong dalam kategori manusia yang berbeza (pedalaman barangkali). Walau bagaimanapun, aku meminta maaf lah kalau tak bole terima perkataan, gurauan seperti itu, sesungguhnya aku tak berniat lagi berminat.

Seperkara lagi, agak menjengkelkan bila perkara2 remeh diambil sirius oleh sesetengah pihak, terutama bila ianya melibatkan apa yang kita nyatakan dalam laman yang terhad jumlah audience seperti di FB. Melainkan seperti di blog YiP! aku ni, di mana sesiapa yang ada internet access boleh melayarinya, FB merupakan jaringan sosial yang terhad kepada kenalan yang kita luluskan apa yang boleh dilihat. Jadi jangan terlalu beriya-iya menuding dan melenting. Kadangkala apabila kita terus melatah, elok2 orang tak tau kepada siapa ditujukan sesuatu komen atau status itu, terus semua jadi tahu!

"Jika benar kita menyayangi seseorang, mengurungnya dalam sangkar kecemburuan membuta dan ketidak-percayaan mahupun dalam penjara emas sekalipun bukanlah cara kita melindunginya kerna ia akan hanya membuat jiwanya lebih memberontak dan tersiksa lantas mencari jalan membebaskan diri, dan ketika itu akan baru tersedar kita sudah kehilangannya!"

- Sir Yuzray The Punisher-

2 comments:

~ ReD ~ said...

uish..pening gak kalau nak hadap org yg cepat 'melatah' ni...so.. buat x tahu je laa..lalala~~~

akulah ! said...

hahaha.. ini mesti fed back amat memberangsangkan... tu yg meletopz!