Jam menunjukkan hampir 5 petang. Dengan besi monorack yang bakal aku modify mengikut citarasa aku di kedai grill dekat2 rumah aku terletak kemas di floorboard dalam plastiknya lagi, aku melihat langit yang ntah bila nak cerahnya. Hujan aje dari sebelum aku meeting kat kpj damansara specialist hospital jam 4 petang tadi. Tak sabar menanti, aku menyarung baju dan seluar hujan lantas meninggalkan perkarangan hospital. Nyalakan lampu dan running light sekali. Ye lah...hujan2 ni biar la orang nampak kita sikit.
Aku pun menunggang dengan penuh cermat bak tok siak pulang dari surau, kelajuan nan sederhana menyelusuri LDP menuju ke arah putrajaya. Agak risau, aku tak berapa gemar menunggang dalam hujan, baik kerana jalan licin mahupun penglihatan yang kurang jelas. Sampai di sunway, kereta berderet2. Maka aku pun mencelah. Sesekali hella terpekik singkat memberi amaran kepada kereta yang suka2 hati hendak menukar lorong. Tak nampak ke aku nak lalu?
Nak dijadikan cerita, sedang aku mencelah, tetiba balancer kanan handle aku tersangkut side mirror entah kereta siapa yang tak reti la nak bagi ruang elok untuk kami penunggang motosikal marhain yang sopan ini. Gedegangggg!! Dengan kelajuan lebih kurang 40km/j saje, moto aku terhuyung-hayang hampir hilang keseimbangan. Untung aku tak refleks menarik brek...kalau tak pastinya si elly mencium basahnya tar di bawah itu, dan barangkali aku pun turut lemas dalam kucupan asphalt!
Pesan aku, hati2 bila mencelah. Hati bukan kristal. Elegan bukan moskito (tu perumpamaan aku bekas pemilik moskito yg hebat kalau bab mencelah bedah). Ni kali kedua elly aku tersangkut side mirror kereta yang tak reti jalan lurus dalam lorong mereka. Aku yang memang penunggang berhemah lagikan tersangkut, inikan plak ceng meleper...hehe! Sekian, tu je cerita aku untuk tengah malam ni. Selamat malam semua, dan selamat beramaaallll....kecabotaaannnnn!!! :D
1 comment:
mencelah bedah???hoh ;p
Post a Comment