Sebaik hujan reda lebih kurang jam 9.30 pagi, aku pun bergerak menuju ke pejabat, dan seperti biasa menggunakan hiway MEX. Jalan masih basah, jadi aku memperlahankan kelajuan daripada yang biasa menyelusuri lebuhraya yang sudah kurang sibuknya.
Selepas melalui susur keluar salak selatan dan selekoh berhampiran bangunan NIRVANA sebelum sampai ke selekoh seterusnya, ternampak dari jauh dua orang penunggang motosikal di tepi jalan melambai-lambai memberi isyarat agar pengguna lebuhraya memperlahankan kenderaan. Apahal la plak ni? Ada eksiden plak ker? Aku pun melepaskan throttle untuk memperlahankan tunggangan.
Laahhh...tu dia....sebuah kancil putih melintang di lorong tengah...bahagian depannya rosak teruk sampai tak memungkinkan untuk ditolak ke tepi. Roda depan dah terkepak, dan pemandunya seorang wanita (mungkin berasal dari Sabah kalau dengar dialek percakapannya) sedang berada di tepi jalan sambil menelefon dengan mekap yang dah cair dek air mata. Takpelah, dia nampak selamat tanpa kecederaan. Aku bergerak perlahan ke depan sikit lagi dan satu lagi pemandangan amat merisaukan aku, membuatkan aku terus on hazard light & strobing light serta berhenti di tepi lebuhraya.
Tu dia...seorang penunggang motosikal, lelaki Melayu dah terbaring di tepi jalan, mungkin dah diangkat oleh mereka yang berhenti lebih dahulu daripada aku. Antaranya beberapa penunggang motosikal lain, seorang pemandu LIMO KLIA. Penunggang malang tu nampaknya macam cuma luka di tangan kanan, agak teruk tapi tak parah, tapi tak tau la ada cedera dalaman ke tak. Aku tanya sama ada ambulan sudah dipanggil dan pengurusan MEX telah dimaklumkan, memandangkan tak banyak yang aku boleh lakukan lagi untuk membantu. Aku diberitau kedua2nya telah dipanggil dan dimaklumkan. Tapi kalau tengok dari keadaan kancil tu, takkan berlanggar atau dilanggar dengan motor boleh jadi sampai macam tu?
Itu Ah Beng muka dah panik, kena ceramah plak lagi dengan beberapa lelaki yang berhenti membantu tadi. Suami wanita pemandu kancil tadi pun dah sampai untuk tenangkan isterinya (ke gf aku tak pasti) yang dah kurang ranggi berbanding masa keluar rumah tadi gamaknya. Selang beberapa minit, pikap trak MEX sampai di tempat kejadian untuk mengawal lalulintas sementara menunggu ambulan dan trak tunda untuk sampai di situ. Melihat keadaan dah terkawal dan takde apa yang boleh aku bantu lagi, luka si penunggang pun dah dirawat ala kadar, aku pun hidupkan enjin dan menunggang menuju ke pejabat meninggalkan tempat kemalangan dengan hati yang agak bengkak...
Sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan semua, pandu dan tungganglah dengan cermat, lagi2 ketika cuaca buruk mahupun ketika jalan masih basah. Jalanraya bukan tempat berlumba atau tunjuk skill anda dan betapa hebatnya jentera anda. Jangan kerana kita orang lain turut mendapat musibah....Nauzubillah!
Haa...rupanya ni semua angkara sebuah Waja dipandu seorang remaja Cina. Menurut ceritanya, Waja tersebut dipandu laju dan terbabas akibat selekoh yang licin sebelum menghentam kancil dan seterusnya motosikal tersebut. Bodoh punya Ah Beng, dah tau jalan baru lepas hujan lagi mau pecut dekat selekoh tu! Untung takde sesiapa mati, kalau tak nak je aku ajak yang ada kat situ pelupuh itu Ah Beng sampai lembik baru serah kat polis, biar dia ingat sampai mati supaya bawak kereta jangan macam setan!