Kesibukan bekerja dan juga notis "Blocked by Websense" serta quota 10 minit untuk melayari blog di opis aku (macam hampeh pandirnya) menyebabkan blog aku ni semakin sepi. Lepas waktu bekerja plak dah sibuk tengok apa yang berlaku di FB.
Semalam, lepas opis hour, aku pi MacDonas Auto Jln Ipoh, bengkel panel specialist dan terrorist bagi Elegan dan yang seangkatan dengannya. Tukar belt yg dah berusia 17,000km = RM95, spark plug = RM15, air filter = RM35 (humang aiii harga air filter ori kalah kereta punya), upgrade ke roller Dr.Pulley SRDP 13.5g = RM100, roller lama ori tu pun dah nampak bercalar. Campur upah servis CVT, RM270 jugak le terbang kat semi-maxi-sexi-scoot aku nih! Takpelah, demi keselamatan & keselesaan...
Semalam, lepas opis hour, aku pi MacDonas Auto Jln Ipoh, bengkel panel specialist dan terrorist bagi Elegan dan yang seangkatan dengannya. Tukar belt yg dah berusia 17,000km = RM95, spark plug = RM15, air filter = RM35 (humang aiii harga air filter ori kalah kereta punya), upgrade ke roller Dr.Pulley SRDP 13.5g = RM100, roller lama ori tu pun dah nampak bercalar. Campur upah servis CVT, RM270 jugak le terbang kat semi-maxi-sexi-scoot aku nih! Takpelah, demi keselamatan & keselesaan...
Maka tunggangan pulang melalui MEX dan seterusnya exit ke sungai besi menjadi litar percubaan setting terbaru selepas servis nih. Hmm...boleh lah tahan...nak kata gempak tu tak le sangat, tapi kalau dulu 120km/j rpm dah 9 cecah redline, sekarang cuma 8. Jadi boleh kata pada kelajuan tu skrg minyak insya-Allah lebih save, dan enjin lebih kurang sikit bebannya...
Ehh...ni apa citer pasal motor plak ni...bukan tajuk pasar malam ker?? alah...lari tajuk sikit sebagai mukadimah jerr...rilekssss...geng eleganet & eleganyot aku yang baca post ni suke citer moto berbanding kisah lain...hehehe :D
Ehh...ni apa citer pasal motor plak ni...bukan tajuk pasar malam ker?? alah...lari tajuk sikit sebagai mukadimah jerr...rilekssss...geng eleganet & eleganyot aku yang baca post ni suke citer moto berbanding kisah lain...hehehe :D
Maka sampailah aku kat pasar malam setelah dipendekkan cerita perihal ride tadi. Lepas parking, aku pi kat gerai aksesori henpon, beli charger untuk pakai kat cigarette lighter moto aku...kot2 la tgh ride betri kong, leh la charge on-the-road mcm pakai kat kereta jugak lah kan... dan lepas tu aku pun gerak menuju ke gerai2 yang jual makanan plak.
Setelah aku amati dengan teliti, rupanya ada sorang budak perempuan terpitam di tengah jalan pasar malam tu. Ish...low-blood pressure atau apa hal budak nih? Aku terus keluar suara "Tolong jangan berkerumun yer...bagi dia angin sikit..." selaku bekas ahli PBSM dan jugak staff KPJ Healthcare Bhd walaupun bukan kakitangan perubatan, aku rasa terpanggil untuk membantu sekurang2nya bagi budak tu bernafas sikit. Aku tengok wanita yang peluk budak ni tadi rupanya nak tolong angkat dia. Sorang lelaki yang aku agak ayah atau abang dia ada sekali kat situ, terkial2 cuba angkat budak tu. Ish, tengok badan mcm lagi gagah dari aku, takkan budak perempuan bersaiz sederhana macam budak form1-2 pun tak larat nak angkat?
Kat hujung pasar malam tu memang aku tau ada satu klinik...kadang kalau sakit aku pi klinik tu lah...Dr. Jameaton yang punya...korang kenal tak? Ha, tak kenal takpe, tak penting, yang penting budak ni kena bawak ke situ dulu. Setelah beberapa meter aku tengok tak kena gaya cara budak tu diangkat, aku pun minta izin untuk tolong angkat. Sampai klinik, aku dan mamat tu....eh...mana mamat tadi, apasal makcik ni plak yang tolong aku angkat budak ni? Dah dah...lantak pi mamat tu...kami terus letakkan budak tu atas sofa tempat patient menunggu. Aku angkat kakinya biar lututnya atas, luruskan kepalanya biar dia boleh bernafas lebih baik. Dia macam separuh sedar, jadi tak perlulah CPR. Doktor takde kat klinik masa tu, makan malam sekejap dan solat maghrib lah tu, so aku suruh nurse call minta doktor datang cepat.
*lagi gambar hiasan...dan bukan aku yang lukis
"Cik, tolong dresskan luka kat dahi dia nih yer," aku tunjuk kat dahinya yang luka mungkin akibat terhantuk ke jalan masa dia tumbang tadi. Eh, luka rupanya...kakitangan klinik tu terkejut. Ish...kalau aku tak cakap tadi tatau la ko ek? Kesian budak ni...aku pun minta izin untuk beredar. Rupanya kakak budak tu ada kat tepi aku selama ni, tapi tengah dukung anak kecik so tak dapat buat apa2. Suami dia lah lelaki yang memula nak tolong angkat tapi tak larat tadi tu. Kakak budak tu ucap terima kasih kat aku, dan aku cakap tunggu doktor sampai, kalau perlu doktor akan refer kepada hospital barulah pi bawak.
Kat luar klinik, aku pun menyalakan asap nikotin aku...agak penat. Sambil tu aku berborak dengan brader abang budak tadi...tanya dia ni ayah budak tu ker...rupanya abang. Katanya budak tu penat sangat kot, lately sibuk kerja...eh, dah kerja ke? Aku ingat budak skolah lagi...rupanya dah kerja kat Giant Seri Kembangan yang baru bukak tu (comel gak budak tu, dah sampai klinik baru aku prasan...hehehe). Takpelah, yang penting dia dah selamat sampai klinik. Tanggungjawab sosial aku dah selesai. Aku pun bagi name card aku kat brader tu dan berlalu.
Tu lah dia kisah kejadian kat pasar malam semalam. Bukan nak share sini sebab nak kata aku ni baik ke hero ke bagus sangat ke, tapi moralnya kita kenalah jadi masyarakat perihatin yang sedia membantu bila-bila masa jika kita mampu, bukan sekadar jadi penonton yang menyesakkan jalan jer! Nak kira letih, masa tu memang aku dah letih sangat...tapi apalah sangat jika kita fikirkan satu hari mungkin benda macam tu boleh terjadi kat kita atau keluarga kita, dan kalau takde sape nak tolong...?? Nauzubillah...
No comments:
Post a Comment