Al-kisah MODENAS ELEGAN 250...
Pada Jumaat 25 November 2016 yg lepas, Modenas telah melancarkan 3 buah skuter iaitu Karisma 125 (RM5k), Elegan 250 (RM13k) & Kymco Downtown 250i (RM22k). Karisma & Elegan adalah model penjenamaan semula (rebadge) dr skuter Kymco juga sebenarnya. Sebagaimana yg ramai sedia maklum, Kymco merupakan pengeluar skuter antara yg trsohor di dunia dari Taiwan. Malah di Eropah, Kymco mendahului jenama2 terkemuka lain utk pasaran skuter, sehinggakan skuter BMW 650cc itu pun merupakan hasil kerjasama antara BMW & Kymco. Begitu juga skuter Kawasaki J300. Jd jgn pandang sepi sebelah mata kat produk Taiwan ni ya!
Kalau sebelum ni Elegan 150 & 200 adalah rebadge drpd model SYM Joyride, Elegan ni pula dr model Kymco X-Town. Setelah bercerai talak 3 dgn SYM pada 2013, Modenas mengisi kembali pasaran skuter tempatan setelah 3 tahun menduda (ke menjanda?) dgn 2 model ini...manakala pd masa yg sama mengambil alih tugas pemasaran utk model2 Kymco yg lain tnpa penjenamaan semula.
Ok lah...sebabkan aku ni pemilik dan pengguna tegar Elegan 150 sejak 2010 (mileage pun dah nak cecah 120,000 km...stkt ni x prnah turun enjin langsung, masih asal kecuali parts2 wear n tear), maka aku tumpukan cerita ringkas yg x berapa nak ringkas ni kpd Elegan 250.
Aku suka:
1. Signal dgn bunyi berdetik - spt elegan2 sblmnya so kita sedar & x lupa pdmkan.
2. Buka seat tnpa perlu cabut kunci..pulas pd ignition mcm pd elegan 150 (bkn elegan 200).
3. Panel meter digital lengkap - extra point pada bacaan voltmeter, senang nak monitor kesihatan betri - selain meter minyak, temperature, jam...so x pyh nak psg sndiri lg.
4. Pillion handle/spoiler yg ready utk jadi rack top box...x perlu psg rack lain
5. Comfortable seat, suficient under seat storage space siap dgn lampu yg guna light sensor
6. Tayar kenda - good grip. Rim pun lawa beb!
7. Lampu standard cukup terang (walaupun bkn super terang) dan bukaan suluhan kemas. Kedua2 lampu menyala serentak sama ada hi atau low beam. Thanx to H4 bulb on both sides
Yg aku kurang suka:
1. Enjin agak berhempas pulas utk sampai ke speed 120kmj...dan sgt susah utk pergi lebih dr tu...terasa kasar dan getaran pd handle mula rasa kuat. Mungkin sbb belum run-in? Not sure. But very good handling for city ride nonetheless....sufficient power & torque
2. Hnya ada 2 valve per silinder yg mmg tunggal tu. Should at least bg 4 la walaupun bkn with dohc...but well...ko nak murah ko x dpt la brg mahal gitu kan...
3. Takde floorboard mcm Elegan 150/200. Ye lah dah tangki minyaknya 12.5 liter, mana nak dpt floorboardnya kan...give n take lah :)
Kalau nak bandingkan dr segi hrga...Elegan 250 ni jauh murah drpd Sym Evo 250i apatah lg drpd Kymco Downtown 250i tu! Cuma tu lah, kalau ko nak pikap lebih, mmg xleh lawan la Downtown 250i tu sbb enjin dia ada DOHC, 4 valves. Tambah plak ada brek dgn ABS...pastu x rebadge local brand logic la hrga gitu kan...
Anyway, it's value for every RM lah I can say...mmg berbaloi mantoi!
* Review rasmi & lebih detail drpd saudara Hezeri Samsuri pula sila ke sini: http://careta.my/?p=21489
No comments:
Post a Comment