Friday, July 18, 2008

Sampai bila baru kita nak bersatu?


Qassia
Muzakarah: BBPM sedia jadi orang tengah
Jul 18, 08 11:29am

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi 'orang tengah' bagi menjayakan muzakarah antara Umno dan PAS dalam membincangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam.

Baca lagi di sini....

Dipetik dari laman web Malaysiakini.com

Memang dah sampai masa. Bukan, dah patut berlaku sejak dari dulu lagi. Jata negara pun ada terpahat kata-kata; "Bersekutu Bertambah Mutu". Pepatah Melayu juga menyebut; "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" (bukan kawin lagi yerr...). Dah tu, takkan nak tunggu roboh kot?

Sejak akhir2 ni banyak pihak dah mula nak menangguk di air keruh. Golongan yang dah lupa asal usul diberi kerakyatan kat Tanah Melayu ni terutamannya. Yang konon atas dasar hak asasi manusia, atas dasar undang-undang lah konon juga. tapi lupa kewujudan kontrak sosial yang mengikat kehidupan asas seseorang manusia di mana sahaja di dunia ini. Kenapa mereka ni menangguk-nangguk? Sebab kita sendiri tak bersatu!

Berapa banyak di kalangan orang Melayu sendiri yang dengki mendengki bila melihat rakan sebangsa seagama berjaya atau lebih dari dirinya? Ada aje cara busuk nak menjatuhkan. Fitnah. Khianat. Ada yang lebih buruk, main sihir. Santau. Sampai bila kita nak macam ni? Sampai kita terpaksa mengemis kat tanah bangsa kita sendiri?

Kadang2 terbaca hasil tulisan 'Ca Ya Nun Alip' sama ada kat blog atau forum mereka (yang mana ditulis dalam bahasa Inggeris la), betapa lupa daratannya mereka ini. Sama la dengan 'Alip Ya Nun Dal Ya Alip' yang tak habis-habis nak menentang itu ini. Mungkin bukan semua, tapi cukup ramai untuk menimbulkan bahaya. Tak cukup lagi apa mereka ni dah dapat? Siapa yang leka, habis lah, kena telan lah ngan dua bangsa tak sedar diuntung nih. Sedarlah...takkan selamanya kita macam ni kalau kita terus BERPECAH dan BERTELAGAH!

No comments: