Friday, October 24, 2008

All Muslims: Hati-hati dengan laman web 'Rakansiswa.com'


Salam kepada semua umat muslimin dan muslimat.

Akhir-akhir ini saya sering ternampak iklan laman web yang lebih kurang berbentuk begini:

"Ringkasan mengenai Yesus
Bukti dari hidup Yesus yang boleh dipercayai
rakansiswa.com"

Hati-hatilah sebelum anda memasuki laman web berkenaan. Jika kurang ilmu di dada, anda mungkin akan terpengaruh dengan dakyahnya. Saya sekadar ingin mengetahui kerana kekerapan iklan ini muncul dalam petak-petak Google Adsense saya di laman-laman blog saya mahupun orang lain, maka saya melayari laman tersebut. Apa yang saya jumpai amatlah mengejutkan. Sebagai contoh, berikut beberapa petikan ayat dalam laman tersebut yang ternyata sesat lagi menyesatkan:

"Walaupun Yesus sepenuhnya Allah, Dia juga sepenuhnya Manusia. Sebagai manusia Dia merasakan lapar, haus, sakit dan sedih. Yesus juga tidur dan makan. Dia menahan berjenis-jenis kejerihan yang kita alami. Oleh itu, Alkitab mengatakan Dia dapat mengerti kelemahan kita. Ketika Yesus hidup di bumi, Dia digoda dalam segala hal, sama seperti kita juga digoda, tetapi Dia tidak pernah berdosa."15"

Lihatlah saudara-saudari muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekelian, betapa ini baru sedikit petikan yang saya tampalkan di sini. Ini adalah dakyah mubaligh kristian laknatullah antara yang terkini, yang kini tidak lagi menggunakan perkataan 'Tuhan' untuk Nabi Isa alaihissalam, tapi menggantikannya dengan nama 'Allah'. Sungguh licik! Semoga ALLAH melindungi kita dan saudara-saudara kita muslimin muslimat seluruh alam, baik golongan manusia mahupun jin, terutama generasi muda berbahasa Melayu mahupun Indonesia, dari kesesatan, kekufuran yang mungkin dibawa oleh laman web ini. Nauzubillahi min zalik!

Lantaran itu, baru sebentar tadi saya cuba mencari jalan agar iklan-iklan dari laman web laknat "rakansiswa.com" ini dihalang dari muncul dalam mana-mana laman blog kelolaan saya, dengan menggunakan adsense filter. Semoga usaha saya setidak-tidaknya dapat membendung orang lain dari terpengaruh dan tersesat.

Sesungguhnya saya bukanlah seorang alim ulamak, warak, atau anti agama lain, tetapi sesungguhnya menjadi tanggungjawab kita menyebarkan kebenaran, dan membendung keburukan selagi termampu. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"

- Mohd Yusri Ibnu Yusoff Al-Haj -

No comments: