Monday, October 20, 2008

Goyah Menanti Rebah...


Aku sudah begitu hampir dengan kemusnahan.
Kemusnahan yang menakutkan.
Tapi adakah aku akan berputus asa?
Tidak.
Selagi hayat dan jasad masih bersatu.
Selagi nafas dihela dan nadi berdenyut.
Selagi darah masih mengalir dalam pembuluhnya dan bukan tumpah di tanah.
Namun semangat saja tidak bererti.
Adakah aku akan menagih dan mengemis?
Tidak juga.
Adakah aku akan menyalahkan takdir dan nasib?
Tidak sekali-kali.
Adakah kalian peduli, yang aku dan keluargaku bakal merempat di bumi sendiri?
Mungkin juga tidak.
Kerana kalian lebih perlu pentingkan hidup kalian yang mewah itu sendiri.
Apa yang aku harapkan hanyalah sebuah kepercayaan.
Bahawa aku boleh memberi yang terbaik kepada kalian.
Dengan kepercayaan dapatlah aku teruskan kehidupan.
Jika tidak aku akan hanyut dan lemas dalam keluasan lautan tanpa tepian...

Jemputlah memberi sebuah kepercayaan, di sini bantuan kalian dapat diberikan

No comments: