Sunday, February 8, 2009

Perak oh Perak!

Perak. Dalam bahasa Inggeris disebut 'Silver'. Sejenis logam berharga, dan biasanya diletakkan kedudukannya kedua berharga selepas emas. Kalau dari segi kedudukan pingat, perak ialah tempat kedua, selepas emas dan sebelum gangsa. Jika di Malaysia ataupun satu masa dahulu juga dikenali sebagai 'TANAH MELAYU', perak juga merujuk kepada sebuah negeri yang terletak di antara Selangor dan Pulau Pinang di pantai barat semenanjung. Ini cuma sebuah interpretasi ringkas aku sendiri mengenai 'PERAK'.


Aku ramai juga kenalan yang berasal dari negeri Perak ini. Darul Ridzwan. Sahabat karibku berasal dari Ipoh, ibu negeri Perak. Pasangan hidupku walaupun dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan kebanyakan masa dalam hidupnya di negeri bertuah ini. Kenangan lama hidupku juga telah 'melarikan diri' ke Perak. Adakah aku sekarang nak bercerita tentang apa kaitan aku dengan negeri ini? Mungkin tidak sekadar itu.
PRU 12 menyaksikan peralihan kuasa pemerintahan politik di negeri ini, daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR). Namun baru-baru ini sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Satu taktik atau 'senjata' yang asalnya kepunyaan PR - atau lebih tepat lagi PKR, kononnya untuk mengambil alih pemerintahan negara melalui cara lompat parti, telah makan tuan.

Sepertimana yang pernah aku tulis sebelum ini, aku bukanlah pakar politik, mahupun meminati politik. Tapi tanpa kestabilan politik, golongan marhain seperti aku pasti lebih sukar menghadapi kehidupan dalam kegawatan ekonomi yang makin menghimpit. PR terdiri dari 3 parti komponen yang berbeza hala tuju, pandangan, mahupun manifesto. Mereka 'berpakat' kerana tanpa pakatan, adalah hampir mustahil untuk mereka berdiri sendiri mengalahkan perikatan BN.

Apa yang aku nak sampaikan cuma satu. JANGAN MELAMPAUI BATAS. Titah dan perintah Sultan (Duli Yang Mulia Sultan Perak bukan sebarangan, Baginda seorang terpelajar dan juga bertaraf hakim sudah pasti arif dalam hal perundangan) jangan dipandang remeh. Jika benar ianya tidak berlandaskan undang-undang, kita tunggu keputusan mahkamah. Kenapa perlu orang Melayu bertindak biadab? Baginda pasti meletakkan kepentingan agama dan bangsa dihadapan segala kepentingan yang lain.

Kepada bangsa lain, ingatlah, jangan terlalu angkuh hanya kerana anda sudah menguasai ekonomi tanah Melayu ini. Anda sudah diberi pelbagai kelebihan berbanding jika anda 'menumpang' di negara lain, mahupun tanah asal keturunan anda. Melayu yang nampak lemah dan pasif ini mungkin hanya seperti kucing menyorokkan kuku, bila tiba masanya, cakaran kami boleh melumpuhkan kalian!

Dan...kepada bangsa Melayu sendiri. Jangan lupa siapa anda. Jangan lupa agama anda. Jangan kerana kepentingan peribadi, masa depan generasi Melayu akan datang tergadai!

1 comment:

Anonymous said...

elok sgt dijadikan cerita ni bro...
apa lagi mula menulis lah...
slow slow buat, bersama kita pecahkan tembelang mereka...
peduli arr kalau org kecam kita racist...
yang lebih utama kita sedar dan minta bangsa kita sedar bersama...
tulis bro, aku tunggu hasilnya...