Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam buat semua pengunjung YiP! yang setia dan anda sekelian yang melayari melalui notes saya di FB.

Di kesempatan ketibaan bulan yang mulia lagi barkah ini, ingin saya dahului dengan pohonan seribu kemaafan kiranya ada salah silap saya kepada anda tak kira tutur kata, penulisan maupun perbuatan. Jika ada, hubungilah saya agar dapat saya sampaikan sendiri permohonan maaf saya itu yang kadangkala tidak disengajakan menghiris perasaan kalian jika ada.

Permulaan Ramadhan pada tahun ini bagi saya memang mencabar. Semalam saya tidak dapat berterawih malam pertama kerana badan tiba-tiba rasa tidak sihat, diikuti dengan sekadar bersahur meminum segelas air kerana tekak terasa begitu sakit dan badan pula bisa-bisa. Sungguh rugi rasanya...

Selepas zuhur terpaksa ke klinik kerana rasa sudah sangat tidak tertahan bercampur risau, maklumlah sekarang musim selsema 'oink-oink' nih, tanda-tandanya pelbagai rupa. Alhamduillah, doktor kata mungkin faktor cuaca dan keletihan, maka dapat antibiotik dan ubat sakit tekak sahaja... :)

Oleh itu saya harap anda sekelian sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dll di bulan ini dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Hayatilah gambar/carta di bawah ini. (Click to enlarge). Wassalam.

Jazakallah Khairan Kasiran.

1 comment:

ReD said...

salam ramadhan...(^_^)v