Sunday, September 27, 2009

Facebook: Antara Pro dan Kontra

Salam Syawal buat semua pengunjung YiP! & juga notes di FB saya. Saya pernah mendapat beberapa email yang mengutuk penggunaan FB ni, katanya haram lah, pro-Yahudi lah dan sebagainya, yang pada saya agak kurang berasas. Maka saya terpanggil untuk berkongsi sebuah artikel yang saya dapati melalui email dan ianya bersumber dari laman http://saifulislam.com/?p=6714 yang mana saya amat bersetuju dengan pendapat dan pandangan beliau. Sekali lagi, saya hanya menyiar semula, bukan menulisnya. Wallahu A'lam :)

Facebook: Antara Pro dan Kontra
Abu Saif 14/09/2009 3:27 pm

“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.
“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.
“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.
Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.
“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.
“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK

Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.
Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.
Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.
Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.
Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.
Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.
Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala, mafhumnya:
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]
Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.
Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL

Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.
Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.
Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.
Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.
Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?
Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.
Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.
Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.
Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).
Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.
Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.
Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.
Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.
Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, mafhumnya: “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.
Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.
Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.
Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.
Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:
“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”
Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:
“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]
Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.
Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]
Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.
Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“
Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.
Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.
Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.
Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.
Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.
Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.
Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.
Tepuk dada, tanyalah Iman!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]

Friday, September 11, 2009

Sebat lagi...

Sila klik gambar untuk besarkan. Terpulanglah apa anda nak fikir atau komen. Tepuk dada jangan tanya selera, tapi tanya iman...
Wallahu A'lam.

Wednesday, September 9, 2009

HUKUMAN SEBAT : KARTIKA BUKAN YANG PERTAMA?

Lanjutan dari artikel sebelum ini yang menimbulkan pelbagai reaksi baik negatif maupun positif dikalangan pembaca & pengunjung YiP! (terutama yang melayari melalui my notes di FB), barangkali kali ini ada relevannya. Mungkin kerana artikel ini diletakkan (bukan ditulis saya) oleh saya yang bukanlah seorang alim ulama atau pakar perundangan, maka ianya dipandang lekeh oleh sesetengah pihak. Cuma ingatlah, biar sebaik mahupun sejahat mana pun kita, jangan sampai Allah menutup hati kita dari kebenaran. "Lakum Diinukum Waliya Diin"

HUKUMAN SEBAT : KARTIKA BUKAN YANG PERTAMA

Assalamualaikum w.b.t.,

Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno, wajar diperjelaskan bahawa –

1. Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.

3. YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak . Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

4. Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian.Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang lain.- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang. Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.

5. Hukuman keatas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputusan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid untuk membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.

6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk 2 orang tukan sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.

7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.

9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dekenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.

10. JAG dan SIS melalui memaorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memeorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

11. TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI MELAYU. (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk "Justice For Kartika".

Salam Ramadhan alMubarak dan selamat menyambut hari nuzul al Quran semoga kita dikurniakan ketaqwaan.

Wallahu A'lam Bissawab...

Attention Fellow Malaysians & Muslims!

An article forwarded to me via email which I strongly would like to share with all of my fellow countrymen/women, no matter of faith, race & religion. PLEASE, read it with an open mind. And please, if we can allow you (non-muslim) to eat & even rear PIG in our Islamic country (which is highly forbidden in Islam), please DO NOT interfere in our Shariah Rules & Proceedings (that doesn't concern you at all)!Fw: [ppim-net] Should we let him play God or betterstill be God?

28th August 2009

While Mr. P. Gunasegaran ( No to whipping for drinking, 28 Aug 2009, Star ) and those in the similar vein are entitled to their freedom of expression, it nonetheless needs to be pointed out that his abrasive intrusion into the intoxicating whipping debate is in extreme bad taste and a blatant affront to Muslim sensitivity.

His high and mighty pronouncement ( read fatwa ) based on his secular theology and his one sentence reference to some unnamed Muslim scholar, makes him an overnight jurist ( read Mufti ) !

Despite 52 years of Merdeka, quite apparently and most unfortunately, the civilized and democratic values of mutual respect is sorely missing in our multi-religious co-existence. And as far as Muslims are concerned, there has been one too many Islamophobic sentiments snowballing by the day in the mainstream editorials, press reports and cyber portals.
Fed by deep-seated prejudice, and popular misconceptions towards Islam and the Shariah, the words "barbaric", "cruel", and "inhumane" are hurled without regard for the sensitivity of Muslims.

Barbaric, cruel, and inhumane are after all relative terms that are employed to demonize the other. This media onslaught, directly or indirectly, knowingly or unknowingly, attempts to belittle and humiliate the Shariah justice system, an entire institution whose place in our nation is legitimated by history and the Constitution.

What else does one make of the following headlines “and lets do away with a slew of outmoded, archaic laws in the statute books, both syariah and civil”. He further adds “there is real danger of disarray when man purports to speak for God”. I hasten to respond by asking - should we then let him (the editor) play God or better still be God ?

Islam, meaning ‘submission’- however awkward such a notion is to secular liberal thinking – is acceptance with a free conscience both the tenets of the faith and outwardly the injunctions of the Shariah which encompasses formal ritual worship and the regulation of personal and social mores based on sacred texts.

Believers of other faiths, liberal secularists and secular atheists need to understand that Islam is the governing principle in every aspect of a Muslim's life to a degree seldom seen in the adherents and practitioners of other religions. Islam is not just a matter of rituals and worship; Islam is a complete way of life. For those who cannot or will not accept the crucial importance of this most important reality in the life of all Muslims we can only say, hopefully without insult, please stay out of our business.

As Muslims we have no difficulty accepting that non-Muslims have different beliefs and live their lives differently than we do. Please show us the same courtesy.

His editorial among others, reflect the distressing trend that non-Muslims are making ill-informed, prejudiced and unwelcome comments on the religion of the majority of people of this country. This is very unhealthy, and dangerously crossing the lines of civilized discourse.

There exists a myriad of opinions on the issue of consumption of intoxicants. But the Muslim scholars are unanimous that the offender must be punished.

If the offence is considered under the jurisdiction of hudud (limits), as is embraced by the schools of thought of Syafie, Maliki and Hanafi, caning must be meted without exception. This being the stipulate of God for the good of the bigger society.

However, Al-Qaradhawi, the celebrated contemporary scholar, in consonant with the likes of At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani and Ibn Qayyim opines that this offence is within the domain of ta’zir (discretionary penalty). Thus, the judge may choose to forgive the first time offender or he may elect to cane the offender and would stipulate the number of canings. As alluded by others, the caning is unlike the brutal and vicious whippings as prescribed by the civil courts.

Asst. Prof. Dr. Zulfakar, who lectures Islamic criminal law in the International Islamic University of Malaysia, and Datuk Abdul Munir Yaakob, SUHAKAM commissioner, concurred that the courts acted within the State Shariah Criminal Offences Act notwithstanding the seven day remand order.

The Shariah court is part of Malaysia's dual justice system which has jurisdiction over Muslims and the decision of the Kuantan Shariah High Court must be respected as such That is the rule of law enjoyed by both the Shariah and Civil courts and outside interference would tantamount to contempt of court. The due process of appeal is open to the victim if justice is not done or seen to be done.

In this media frenzy, the irony has not been lost that Kartika herself has accepted the sentence and has refused appeal despite the suggestion by no less the Prime Minister himself. This underscores one of the objectives of the Shariah, to guide Muslims to be more observant of their religious obligations through remorse and repentance.

The controversy surrounding Kartika's sentencing also exposes the sometimes uneasy co-existence of the world views of Islam and that of modern secular society. Attempts to fit Islam into the secular world view is like forcing a square peg into a round hole.

Globally, the World Health Organisation (WHO) reports that alcohol causes 1.8 million deaths (3.2% of total) and 58.3 million (4% of total) of Disability-Adjusted Life Years (DALYs). The U.S. Department of Justice Report on Alcohol and Crime found that alcohol abuse was a factor in 40 percent of violent crimes committed in the U.S. The British Home office reports a figure of 45% which rose to 58% in cases of attacks by unrecognized persons. We have not even begun to mention the primary role of alcohol in road traffic accidents, domestic violence, drug dependence, alcoholism, women and alcohol, adolescents and alcohol, fetal alcohol syndrome, alcohol and liver cirrhosis, alcohol and brain damage, alcohol and cancer risk, the causal link between alcohol and 60 different types of diseases etc.

God says in the Quran, Chapter 2, Verse 219 :

“They ask you concerning wine and gambling. Say: 'There is a great sin in both of them, and (some) profits for people; but their sin is greater than their profit …”

As Muslims, our absolute love and allegiance is to our Creator, whose infinite wisdom we do not question. Thus, it is completely unacceptable and reprehensible that any from amongst his creations, should instruct us otherwise applying their fallible human and secular opinions and standards.

Board of Directors

Muslim Professionals Forum

Dr. Mazeni Alwi

Dr. Jeffrey Abu Hassan

Dr. Shaikh Johari Bux

Haji Mohamed Ali Ghazali

Dato’ Dr. Musa Mohd. Nordin



* My special thanx to Mr. Naufal Omar for forawarding me this article.

Saturday, September 5, 2009

Tolonglah berhati-hati yer...!!!

Dua gambar ini sudah cukup untuk menjelaskan apa yang aku saksikan ketika hendak ke bazar Ramadhan pada petang Khamis 3 September 2009 di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan. Kejadian berlaku beberapa jam sebelum aku tiba di situ, dan sangat hampir dengan tapak bazar.

Menurut saksi kejadian iaitu beberapa peniaga bazar yang sampai awal lebih kurang jam 3 petang, kereta Proton Saga ini yang dipandu seorang lelaki berbangsa Cina melintasi jalan ini (atau mungkin cuba buat u-turn) mungkin tanpa melihat dahulu kenderaan yang datang dari arah jalan yang hendak dilintasi, dirempuh oleh sebuah Honda CRV yang dipandu dua lelaki Arab.

Aku dapat lihat kesan darah dalam kereta proton saga ni di tempat duduk pemandu. Honda CRV sudah tiada di tempat kejadian, cuma tinggal emblem 'H' yang pecah di atas jalan. Saksi mengatakan dua lelaki Arab itu tidak cedera tetapi lelaki Cina yang memandu saga malang ini terpaksa dipapah keluar dan dibawa pergi menaiki ambulans.

Iktibar kepada kita semua - jangan memandu sambil lewa! Tumpukan perhatian, ikutilah undang-undang. Jangan buat jalan tu macam takde orang lain yang nak lalu. Lagi-lagi nak balik raya ni nanti. Nauzubillah, moga Allah jauhi kita dari kemalangan & keburukan...Amin.

Friday, September 4, 2009

Jom Bunuh Setan...

Mungkin ada yang dah pernah baca cerita ni sebelum ni, yang saya dapat dari email seorang kawan kepada saya. Kepada yang belum pernah baca, sempena Ramadhan yang dah 2 minggu berlalu ni, marilah kita bunuh setan dalam diri, dan juga kalau boleh setan2 yang berkeliaran...

Lawak hari ini tajuknya : Jom bunuh setan...

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematinisteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawarandari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikanisteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perluberkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malahtinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia punbersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkanoleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuanyang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama sepertipengantin baru yang lain.... ...
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikutikuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarahjemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau diamenceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjagasyarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala samaseperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami"yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utukbunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanyatersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuhsyaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua harikemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambilmengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

MORAL: nak buat amal pun kena berpada-pada...hehehe!