Thursday, October 29, 2009

Food & Presentation

Hari ni aku ke sebuah rangkaian restoran yang begitu popular di Malaysia untuk menjamu selera pukul 3 petang di Taman Equine. Terletak di sebuah pusat membeli-belah yang popular juga, selera aku masa tu cuma nak makan yang ringkas-ringkas sahaja. Maka aku pesan lah set seperti yang tertera di atas ini. Antara pukul 3-6pm, ada set snek RM7.80 jadi aku tak lepaskan peluang lah.

Apa yang aku kurang puas hati, bukanlah kerana perkhidmatannya lambat ke, atau makanan tak sedap ke, dan bukan juga makanan sejuk. Cuba tengok gambar tu betul-betul, rasanya ada yang tak kena ke tidak? Gambar ni aku ambil ketika pesanan baru sampai dan aku belum sentuh apa-apa pun lagi. Tapi cuba lihat betul-betul bekas yang diisi dengan mayonis tu. Cantik ke? Macam seolah-olah penyedianya mencedok mayo tu dengan jari je kan?

Nyaris-nyaris aku hilang selera. Dah la pelayannya mungkin kerana dah penat ke masa lunch hour sebelum tu, senyum pun susah sangat, dapat pulak hidangan yang indah betul. Wahai Pizza Hut di Jusco Equine, tolonglah perihatin sikit. Bukan hanya enak & cepat je penting, macam mana makanan tu dihidang pun janganlah selekeh sangat. Iktibar juga untuk peniaga-peniaga makanan yang lain!

Monday, October 19, 2009

Malaysia dan Mercun: Satu Budaya 1 Malaysia?

Bunyi berdentam-dentum tak kira masa sejak beberapa hari yang lepas di tengah malam menyebabkan aku rasa terpanggil untuk menulis sesuatu meluahkan rasa pada pagi ini.

Ramadhan lepas satu kemajuan (di kawasan perumahan aku) bila jarang-jarang terdengar bunyi letupan mercun. Mungkin penguatkuasaan tegas. Atau orang Melayu dan Islam ramai yang sedar ianya bukan sahaja satu pembaziran, bukan budaya bangsa Melayu mahupun sesuatu yang dianjurkan agama. Tapi aku yakin, itu cuma segelintir sahaja yang sedar.

Sabtu baru-baru ini masyarakat berbangsa India beragama Hindu menyambut Deepavali. Satu-dua hari sebelum dan selepasnya begitu galak bunyi mercun dan bunga api meletus-letus. Aku yang duduk di tingkat 16 ni terasa dekat sekali dengan letusan itu, ya lah, bendanya kebanyakan terbang tinggi, konon tak membahayakan mereka yang membakarnya dan berada di tanah, tapi kami yang duduk kat atas ni yang rasa gegaran di tingkap2 dan pintu!

Setahu aku, kalau ikut budaya masyarakat Cina, mercun dibakar untuk menghalau hantu dan roh2 jahat. Tapi sekarang (bkn sekarang je, dah lama pun) aku tengok tak kira Cina, Melayu atau India, semua pun buat, macam budaya Ang Pow gak lah. 1 Malaysia lah katakan...

Aku bukan nak persoalkan budaya ke bangsa. Aku bukan 'Racist'. Tapi undang2 yang kononnya mengharamkan penjualan, pembakaran mercun nih. Kalau betul dilarang, kenapa dengan selambanya mereka ni berdentam-dentum di kawasan perumahan tak kira dah tengah malam ke hapa? IPD Subang Jaya dekat je dengan kawasan aku nih, takde sapa pun dikalangan penguatkuasa yang kisah? Depa ada permit kot...tak pun, tutup je lah sebelah mata...takde laporan khas...

Kalau semua benda nak tunggu dilapor, walau jadi depan mata tak payah la bertindak ya...ih ih ih...Malaysia oh Malaysiaku!

Wednesday, October 14, 2009

Potong 'Que' Dah Jadi Budaya Kita Ke?

Salam kepada semua pengunjung YiP! & juga my notes di FB yang bistari.

Isu yang aku cuba ketengahkan kali ni bukan isu baru. Isu lama, tapi makin menjadi-jadi pulak rasanya sekarang. Naik meluat & mual. Seolah dah tak jadi satu kesalahan, macam satu budaya yang diterima pulak. Makin ramai melakukannya dengan sengaja. Baik di kaunter apa lagi di jalanraya!

Aku pun dah tak tau nak komen apa. Orang-orang macam ni takkan rasa bersalah pun, selagi tiada tindakan tegas, tiada undang-undang mahupun pelaksanaan bagi membendungnya. Nak harap orang kita ada 'civic consciousness' dan timbangrasa? Jangan haraplah, walau bukan semua tapi makin ramai yang seolah dah takde didikan atau bebal atau 'ignorant'.

Tengok je lah sendiri video di bawah, sekadar sebahagian dari contoh2 yang boleh kita lihat bersepah di jalanraya kita...

* Kepada yang membaca artikel ini di FB notes, sila klik di SINI untuk menontonnya.



Lokasi: Exit Serdang-Seri Kembangan di LDP dari arah Putrajaya menghala ke Puchong

Waktu: Selepas waktu pejabat lebih kurang jam 6.30 petang, 13 Oktober 2009

Monday, October 5, 2009

Wanita: AWAS! Ini Mungkin Boleh Membantu.

Logik vs Matematik......

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik (L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.
M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.
M : Itu tidak banyak membantu laa, macam mana ni.
L : Tentulah tidak membantu, logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.
M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...
L : Hanya ada satu langkah logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?
L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?
L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itu pun lari sekuat tenaga jugak.
M : Dan... dan..
L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku di tempat yang gelap...
M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.
M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...
M : Alamak... jadi apa yang berlaku?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat daripada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.
M: Ha ha ha ha Memang logik.

Saturday, October 3, 2009

Bukti Ditemui: Dinasour Pernah Memakan Manusia!

LAS VEGASI - Baru-baru ini para saintis di ASS telah berjaya menemui satu bukti kukuh berkaitan kewujudan dinasour dan manusia pada era sebelum zaman ais.

Penemuan tersebut yang mengejutkan banyak pihak telah meggemparkan dunia sains yang sebelum ini mendakwa bahawa dinasour dan manusia wujud pada zaman yang berbeza (manusia wujud selepas kepupusan dinasour) ternyata meleset.

Cereka fiksyen sains sebelum ini banyak menggambarkan jika manusia wujud pada zaman yang sama dengan dinasour, kemungkinan besar manusia akan menjadi salah satu hidangan terutama kepada spesies seperti Tyronasourus (T-Rex) dan Veloceraptorous.

Maka dengan penemuan ini, terbuktilah dinasour memang memakan manusia dan manusia juga wujud pada zaman itu cuma tak dapat menceritakan kerana telah dimakan.

* Gambar ehsan Karut Press


DISCOVERY Of The Century: Beware! The Friendly Dinasour Is Not Friendly Anymore.