Tuesday, September 2, 2008

51 Tahun Merdeka dan Ramadhan Al-Mubarak



Salam Ramadhan dan tidak lewat untuk salam kemerdekaan Malaysia ke 51 tahun buat para pembaca dan pengunjung blog saya ini sekelian. Pada saat saya menaip nukilan rasa ini, masuk hari kedua Ramadhan. Alhamdulillah, saya rasa sebagaimana saya sendiri, segalanya dapat diharungi dengan baik oleh anda semua, insya-Allah.

Melihat perkembangan terkini tanahair, dari pilihanraya Permatang Pauh, penurunan amat sedikit harga bahanapi, bahang yang suam-suam kuku sambutan kemerdekaan ke 51 negara, ke Ramadhan yang baru sahaja bermula, membuatkan saya terfikir pelbagai perkara, terutama masa depan kita di negara ini, lebih-lebih lagi generasi Bumiputera akan datang.

Saya tidak berniat untuk membakar api perkauman, bukan juga menyokong mana-mana pihak apa lagi para pemimpin, sekadar memberi peringatan kepada semua pihak, baik apa bangsa dan agama sekalipun, jangan terlalu leka dan alpa, dan jangan pula dijolok sarang tebuan. Suasana dalam negara kini baik dari segi ekonomi mahupun politik, tidaklah sebaik dahulu saya kira.

Buat bukan bumiputera, sama-samalah kita kongsi kuasa, kongsi kaya, jangan hanya suka nak kongsi raya. Jangan lupa asal-usul anda. Jangan cuba nak jadi kaduk naik junjung. Bangsa yang nampak lembut seperti kami tidak bermakna kami ini lemah. Kami sangat tak suka jika kejadian keris, parang, lembing terbang tidak bertuan berulang lagi. Ingat, kami masih mampu.

Buat Bumiputera, jangan hanya diulit sukaria. Usahakan agar segalanya masih dapat dikekalkan, mahupun ditambah, bukan semakin berkurangan. Jangan kerana nak dapat populariti atau kepentingan peribadi, sanggup menikam bangsa dan agama sendiri. Jangan takut untuk bersuara, jangan jadi pengecut dan bacul di tanahair sendiri. Takde maknanya!

Ingatlah semua, negara kita adalah tanggungjawab kita. Biar kita berbeza pendapat, fahaman, anutan, warna kulit, perpecahan hanya akan merugikan semua. Saya betul-betul berharap, negara yang diwariskan kepada saya oleh moyang, datuk dan ayah saya ini, dapat saya wariskan kepada anak, cucu dan cicit saya. Moga Ramadhan ini membawa kesedaran kepada SEMUA!

No comments: