Sunday, October 12, 2008

Selamat Pengantin Baru + Hopefully Good News!


**Who knows what this means? This pic is taken today 12/10/08.

Tanggal 10 Oktober 2008 bersamaan Jumaat 10 Syawal 1429H, seorang rakan sekerja, adik & sahabat, Tengku Irwanie (cik warnawanie) telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya Azhar, khabarnya dengan sekali lafaz, alhamdulillah. Kami doakan moga kekal hingga ke akhir hayat & zuriat insya-Allah.

Bercakap mengenai zuriat, doa-doakanlah agar apa yang ditunjukkan seperti gambar di atas menjadi dengan baik sebagai zuriat kami yang kedua, dalam keberkatan, rezeki bertambah dan lindungan Allah hendaknya. Amin...

p/s: moga Wanie pun cepat-cepat dapat ye!

p/s 2: kerisauan dengan situasi ekonomi dunia, negara, lebih-lebih lagi diri sendiri!

-Mobile Mail to Blogger
Yuzray Eusoph
Consultant
Designel Media Sdn Bhd
www.designelmedia.com.my

2 comments:

Warnawanie said...

Thanks for da wish n blog entry!!

And congrats yer... marsya bakal mendapat adik *WINK WINK

Yuzray Eusoph said...

Sama-sama. Kami doakan yang terbaik untuk kalian :)

Dan terima kasih, semoga masin mulut wanie tu..hehe *wonk wonk

p/s: kalau marsya dpt adik, kena la wanie dapatkan kawan utk si adik tu nnt cepat2 ye..biar sebaya..hihi