Salam kepada semua pengunjung YiP! yang budiman. Dah lama aku tak menulis apa-apa karya peribadi aku kat sini. Selalunya berkaitan bisnes dan kerja aku jer. Mungkin hidup aku yang bosan dan monotonous menyebabkan aku takde mood mahupun modal menulis.
Aku ramai kenalan, kawan tak la ramai sangat, sahabat lagilah sedikit. Tapi mana-mana yang berkawan dengan aku, mudah aje nak cerita pelbagai kisah mereka pada aku. Macam kaunselor sekolah menengah yang aku selalu pi melawat tu plak rasanya. Ye lah, biasanya bila aku mendengar masalah orang, memanglah aku takkan dapat selesaikan apa-apa pun, melainkan dengar, dan beri beberapa komen dan nasihat. Sesekali aku merasa terusik dengan pengalaman mereka, yang kadangkala seperti pernah aku melaluinya.
Kali ni aku nak ceritakan perihal seorang kawan aku, Jafar Dali (bukan nama sebenar). Selain dari kerja sepenuh masa, dia ni jugak ada buat online bisnes macam aku lah jugak. Dari situ juga aku kenal brader ni. Umur pun lebih kurang aku jugak. Nak jadi cerita, setelah sekian lama aku tak dengar kabar berita si Jafar nih, baru-baru dia call aku nak ajak lepak minum. Aku pun dengan senang hati pi la jumpa dia, kot-kot ada bisnes baru yang masyuk ke kan. Tapi bila sampai kat situ, aku tengok muka mamat ni lain macam je. Macam ada masalah.
Maka setelah bersalam dan menyalakan rokok perosak kesihatan masing2, order air, berbasa-basi, dia pun mula bercerita al-kisahnya. Dalam pada si Jafar ni sibuk nak promote online biz dia kat masyarakat melalui pelbagai cara, termasuk dalam facebook (fb) yg popular tu, seorang awek telah add dia as friend. Rina Yunos (bukan gak nama sebenar), seorang awek awal 20an yang very pretty pada pandangan mata jantan aku nih, setelah ditunjuk gambarnya oleh si Jafar.
Ceritanya si Rina ni beberapa kali dah belajar, kerja, belajar, kerja. Tapi tak habis, mungkin tak minat. Yang terakhir, menurut cerita si Jafar, dia berhenti sebab ex-bf dia suruh berhenti. Kerja yang terakhir pun dah berhenti, sebab putus hubungan dengan ex dia tu lah. Kerja sama2 kat company kepunyaan si ex. Baru sebulan putus & berhenti sebelum kenal Jafar ni. Maka sebagai seorang online marketeer yang leh tahan berjaya, Jafar pun cuba lah promote apa2 yang patut.
Bermula dari fb, perbualan berlanjutan di ym (yahoo messenger), dan seterusnya di telefon. Jafar kata dia rasa macam klik sangat ngan si Rina nih, memang best buat kawan, sampai sejam bergayut kat telefon pun tak perasan. Tepuk dahi aku, mahu 20-30 hengget abis kredit tuh! Kemudian akhirnya mereka pun set appointment. Jafar pun jemput si Rina ni satu malam, lepak kedai mamak, berborak berjam-jam. Dari hal bisnes, masuk plak hal2 tak berkaitan, peribadi dll. Pastu Jafar risau gak bawak anak orang sampai tengah2 malam ni kang kena marah plak, nak hantar balik, tapi sempat pi round2 satu KL sambil beborak panjang.
Lepas dari perjumpaan pertama tu, macam ada bunga2 rindu lahir di antara mereka. SMS lah, call mesti paling kurang sekali 1/2 jam, dan 2 hari berikutnya diorang berjumpa lagi. Kali ni dah tak pasal bisness dah, pi jenjalan. Pi OU la, sambung pi curve, makan2 sambil diiringi muzik life, wah...aku dengar aku pun macam nak layan jiwa2 plak...indahnya hidup ko Jafar...hahaha! Laju betul progress depa nih.
Jafar pada mulanya memang nak letak batasan dalam hubungan mereka. Takut terjebak, orang plak tak nak. Ye lah...ada la 11 tahun jarak umur, takut Rina takleh terima la kan. Dah ada anak sorang plak tu. Tapi Rina bagi jaminan, tu bukan masalah. Nak jadi cerita, rupanya ex-bf Rina ni walau cuma 2 tahun tua darinya, tapi sangat abusive. Silap sikit, tampar. Silap banyak, terajang. Cilakak, ada lagi jantan macam tu kat dunia ni ek? Belum jadi tunang, apa lagi dah jadi bini. Mau makan kayu plak lepas kawin! Aku tanya Jafar, bape tahun dia dengan mamat tu? Ada la 4 tahun...uish! Kena mandrem ke apa si Rina ni, itu macam punya layanan leh tahan 4 tahun?
Maka Jafar, being a gentleman, memang tak pernah la seumur hidup dia jentik perempuan pun. Belai2, usap2, ada la...hahaha! Itupun dengan izin, mahupun dengan lesen. Mungkin itu yang menarik pada si Rina ni kot. Rasa selamat, dilayan dengan baik dan penuh hormat, mungkinlah, pada pandangan aku, mengenali perangai si Jafar ni. Mamat ni taklah hensem mana pun, biasa2 je macam aku gak. Tapi pada aku, rupa tak penting, asala sedap mata memandang, sedap di hati, cukup lah kan.
Apa jadi selepas ini kepada Jafar dan Rina? Tunggu bahagian kedua kisah ini tak lama lagi. Asar dah masuk, lepas tu plak aku nak kemas rumah. Malam ni plak ada Smallville, takleh miss nih! Ada masa aku sambung secepat mungkin. Hingga jumpa lagi pada post akan datang, wassalam.
No comments:
Post a Comment