Monday, May 11, 2009

Misteri Jiwa... Part 02

Salam sejahtera sekali lagi. Berikut adalah sambungan bahagian kedua kepada kisah Jafar dan Rina sebelum ini. Kepada yang baru nak ikuti, sila baca dahulu part 01 di post bawah ni ek...nanti tak tau hujung pangkal.

Sememangnya tak best jadi orang macam aku nih. Daripada masalah sepupu yang bercerai-berai, dalam proses, dan lain-lain, semua pun aku kena dengar. Ye lah, takkan setakat dengar melopong je kan, mesti nak gak bagi feedback. Pastu kadang2 tak nak fikir sangat pun, ye lah, bukan masalah aku, tapi terbawak2 gak sesekali terasa murung - kenapa manusia ni camni ek, takleh ke apa-apa pun, bawak muzakarah, musyawarah, dalam selesaikan masalah. Kebanyakan akan lari, bukan hadapinya. Sampai bila takkan selesai. But being me, I can't help it to feel some level of responsibilities towards people around me.

Dah...cukup mukadimah. Aku tau korang lagi syiok dan busy body nak tau kisah selanjutnya kan? Haha...kenal sangat korang ni. Kalau aku tulis pasal bisnes ke, memang tak layan. Asal cerita cinta ke, lawak bodoh ke, berbaur lucah ke, masing2 excited, siap komen lagi...ekekeke! Sungguh Malaysia kita ni!

Ok, berbalik kepada Jafar dan Rina. Selepas pertemuan kedua tu, mereka makinlah akrab. Makin banyak kenal, makin suka la si Jafar ni. Dari suka, dah jadi sayang la plak, walaupun baru je kiranya kenal rapat. Macam tu la jugak si Rina nih, respon boekk punya. Jafar sesekali risau gak kot2 benda ni semua sementara belaka, sebab ada diperingatkan dari pengalaman hidupnya, bahwa yang terindah hanya sementara. Namun begitu, setelah diyakinkan oleh Rina bahawa apa yang dia rasa adalah sama dengan apa yang turut dirasainya, Jafar pun layannn lah perasaan dia nih, tapi taklah sampai lupa tanggungjawab sehari-hari.

Jafar bagaikan dapat tenaga baru dalam hidupnya yang sebelum ini begitu membosankan, hari-hari buat benda sama. Rina rajin sms, kadang2 MMS gambar, nyanyian yang lunak, aku dengar pun naik macam syiok plak...hehe! Dia jadi lebih ceria, kerja seronok, layan anak seronok, apa pun seronok jer. Sebelum ni, kawan pun sorang dua je yang ada masa nak layan melepak, kebanyakan dah sibuk dengan famili dan kerjaya masing-masing. Jafar, kebetulan macam aku, berbintang Gemini, so aku paham sangat la. Sukakan kelainan, kepelbagaian, dan kemanisan hidup. BOSAN adalah penyakit yang kami sangat takuti. So sesikit aku faham apa yang Jafar tengah lalui. Sure semua pun tiba2 naik bersemangat, membangkitkan apa2 yang dok tidurr je selama ni pun ada...sendiri mau ingat lah apa itew...hahaha!

Jafar menyambung kisahnya, kebetulan minggu berikutnya, dia ada tugasan luar. Dia bercadang nak bawak Rina ni sekali, sebab boleh upah jaga booth ke, dia pun tengah takde kerja. Sure lebih ramai customer serbu, ada penarik...leh masyuk lebih sket, fikirnya. Alah...cakap je la ko nak dia ada dekat2 dgn ko, alasan je semua tu Jafar! Hahaha! Rina setuju, tapi katanya kenalah minta izin mak ayah dia dulu. Jafar tak kisah, sebab dia ikhlas berkawan, atau dalam berhubungan. Jafar kata nak halang tidak, nak suruh pun tidak. Terpulang pada penilaian Rina sendiri, dalam masa yang awal ni, nak dedahkan ke tak persahabatan depa nih. Maklumlah, umur jauh beza, status diri pun tak sama, takut jugak orang takleh terima.

Malam tu, Jafar jadi resah tak tentu pasal. Hati dia rasa tak senang. Setelah sms minta nak call & bercakap kejap, terjawablah keresahan dia itu. Jafar ni instict dia mmg kuat, ngalahkan pompuan kadang2 tu aku rasa. Sekali ada chemistry, memang dia leh rasa apa pihak yang satu lagi tu rasa. Uih...macam sumpahan la plak! Rina jadi murung, sebab hubungan dia dengan Jafar, ditentang ibunya. Bukan pasal umur, tapi status. Lebih2 lagi Rina beritau maknya Jafar duda anak 1. Jafar tak panik, dia cuba bertenang masa tu. Lebih kurang stengah jam dia nasihatkan Rina, jangan melawan cakap mak dia. Kalau itu masalahnya, Jafar sanggup bersemuka dengan keluarga Rina. Kalau tak boleh, dia sanggup berkawan biasa je. Jafar tanya Rina, sanggup ke tak jumpa langsung dah? Tidak, jawab Rina. Kalau Jafar tak call dalam masa seminggu, boleh ke? Tidak juga, jawapannya. Jadi Jafar kata, kita buatlah macam biasa. Bukan nak derhaka kehendak ibu, cuma apa salahnya berkawan, waima berkasih sekalipun, asal tahu jaga batasan. Asal tidak ketahuan. Asal tak susahkan orang lain. Lama-lama pasti diterima juga.

Mula-mula, nampak ok je penerimaan Rina. Bunyinya walau moody, tapi gembira dapat berbicara, walau hanya dalam telefon. Esoknya Jafar pi bertugas seorang diri, tapi tak lupa hantar MMS ucap selamat pagi dari tempat bertugas. Wah..leh tahan romantik mamat ni seyh...haha! Tengok rupa macam ketua penyangak je, tapi penyayang alias jiwang rupanya...muahaha! Ikutkan hati aku, nak je aku tempek gambar dia yang brutal tu kat sini, dan letak sebelah gambar Rina, tengok la macam langit ngan bumi...hehehe! Tapi demi menjaga maruah dan hibah mereka berdua, cukuplah aku kongsi cerita jadi iktibar ni.

Malam selepas bertugas tu, Jafar nak telefon Rina, tapi tak diberi keizinan. Ajak chat jer kat ym. Tiba masa nak chat, Jafar dapat sms dari Rina, dia takde mood nak chat sekalipun malam tu. Jafar dah rasa lain macam. Dia cuba kata ok, dan buat diam juga. Nak bagi ruang Rina tenangkan diri. Tapi makin lewat malam menjelang, dia jadi sangat resah. Apa buat pun tak kena. Minum air rasa tawar. Tuang air pun tumpah. Keluar nak pi kedai dekat jer pun leh sesat barat. Kronik ni. Maka dia pun sms merayu minta nak cakap sekejap je pun jadilah. Tapi sesuatu yang tak best menanti Jafar. Sangat tak best. Apakah itu...?

Jawapan sms dari Rina merobek tangkai jantung Jafar. Rina suruh Jafar tinggalkan dirinya. Lupakan dirinya. Jangan hubungi lagi. STOP. Uik...aku yang dengar pun tetiba tersentap. Boleh gitu? Ke henpon dia nih dah kena confiscate oleh maknya? So mak dia yang balas sms tu? Takkan sampai camtu plak kan...something wrong somewhere nih...

Jafar hampir menitis air mata jantan ketika tu. Takkan semudah tu? Ye lah..memang hubungan mereka tak lama mana, tak rasmi pun lagi. Tapi perasaan yang dah tersemai tu bukan main-main. Jafar menuntut penjelasan. Tapi Rina menolak untuk bercakap, apatah lagi berjumpa. Jafar makin tak keruan, tapi dia cuba untuk bertenang setenang-tenangnya. Perempuan ni main-mainkan aku ke selama ni, fikirnya. Takkan sebab mak marah je terus leh suruh orang blah? Ala2 tuntut fasakh la plak. Aku pun heran, tak dapat nak jawab persoalan Jafar ni. Aku ada pandangan aku sendiri dalam hal ni, tapi tu boleh tunggu dulu bahagian seterusnya cerita ini. Kita ikuti dulu apakah perkembangan selanjutnya selepas malam yang penuh kekecewaan itu.

Esoknya, Jafar ada tugas di luar Lembah Klang. Tak silap aku ke Pangkor. Ke Langkawi? Lupa plak aku...yang penting pulau lah kan. Jafar pergi tanpa dapat bercakap langsung dengan Rina. Tanpa penjelasan yang jelas, yang munasabah, yang masuk akal. Jafar cuba ambil peluang bertugas ni untuk menenangkan dirinya, namun, lagi dipaksa sirinya melupakan, lagi rasa pedih tu datang. Jafar cuba buat-buat cool, tapi kawan-kawan dia yang mengenali dirinya yang tak kering gusi melawak badut tu, dapat detect, ada yang tak kena. Jafar cuma diam seribu bahasa pada kebanyakan masa. Beberapa sms dari Jafar kepada Rina tak dapat jawapan. Call jangan haraplah nak jawab. Tiba2, satu sms masuk ke telefonnya selepas beliau hantar sms sekadar ucapan jemput makan malam kepada Rina...

Apakah bunyi sms itu? Adakah Rina sudah kembali cool dan dapat berfikir dengan waras? Atau adakah sebaliknya? Ikuti sambungan selanjutnya dalam bahagian ketiga kisah Misteri Jiwa di post yang akan datang...jangan marah...hehehe! Jumpa lagi :)

No comments: