Tuesday, May 12, 2009

Misteri Jiwa... Part 03

Salam buat semua. Tibalah kita ke bahagian ketiga yang dinanti-nantikan dengan tidak sabarnya oleh sesetengah pihak, baik yang hidup berdamai mahupun yang sedang berada di wilayah bergolak. Yang baru mula buka blog YiP! aku nih, silalah baca part 01 & 02 terlebih dahulu ye, barulah shiok...

Aku sebenarnya tak selesa sangat nak menulis ni, dah la cuaca panas dah bape lama ni, pastu plak ada yang sound aku, nape nak citer hal kawan-kawan nih? Ok, mari aku jelaskan. Apa yang aku citerkan sini, bukanlah untuk memalukan atau membanggakan sesapa. Aku hanya nak kita semua ambik iktibar, termasuklah sebagai peringatan kepada diri sendiri, takut2 terjebak di masa depan kan...hoho! Mana yang baik, jadikan tauladan, yang rasa tak baik, jadikan sempadan. Apa yang aku tulis biasanya bukan kosong, pasti ada moral, cuma yang baca ni berakal ke tak nak fikir sendiri apakejodohnya. Citer2 omputih tu, tak perlu pun letak "moral: buat baik dibalas baik" ke apa di akhir cerita. Lu pikirlah sendiri beb! Huhuhu...

Mungkin selepas ini, aku akan ceritakan pula kisah kawan aku, seorang wanita bekerjaya, bersuami dan sudah mempunyai cahaya mata, yang kisahnya agak sensasi, walaupun mungkin tak berapa nak seksi. Ha, tu lain plak kesnya, setakat yang aku diceritakan, Alhamdulillah masih tak la jauh terbabas, setakat jiwa-jiwi ajelah. But living in denial, memang la susah....

Enuff said, kembali bersama Jafar dan Rina. Yer...sms kali ini berbunyi "tolong jangan sms lagi kat nombor ni. Leave me". Wah..berderau darah si Jafar. Hilang selera makan dia masa tu, padahal perut tengah lapar giler. Rina ni ada dua nombor, satu nombo Digi, general use. Nombo tu yang digunakan masa memula kenal. Satu lagi nombo Maxis, lebih peribadi, hanya insan tertentu ada nombo ni. Yang tak dibagi hantar sms ialah nombor Maxis katanya, konon dah tak berhak. Ini macam pun ada...haha! Aku plak syak lain, aku tanya Jafar, ko pasti ke minah ni bukan bini orang? Jafar diam sekejap, tapi kemudian dia kata, tak mungkin la plak.

Maka dia pun malam tu tidur dengan tak berapa nak lena, walau dilanda keletihan tahap cipan peliharaan. Dia lebih kepada memikirkan, apa lah yang tak kena agaknya? Bila ditanya apa salah silap, katanya tiada pula. Boleh ke tiba-tiba jadi camtu tanpa sebab? Apa pun yang Tuhan jadikan dalam dunia ni, termasuk mati sekalipun yang memang dah pasti, disertakan sebab dan musabab. Mau tak musykil ko...

Esoknya Jafar menjalankan tugas seperti biasa. Cuba menceriakan diri bersama kawan-kawan. Malam tu plak dia keluar berhibur. Dan seperti biasa sebelum tidur, dia menghantar sms ucapan selamat malam tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun. Namun ketika hampir terlelap hanyut dibuai mimpi yang entahkan indah entahkan tidak, dia dikejutkan oleh bunyi sms masuk. Terkezut i...katanya gitew...hahaha!

Jafar menunjukkan pada aku sms yang masih disimpannya tu. Bunyinya lebih kurang macam ni la, aku pun ingat2 lupa: "I xleh tido, i patut bagitau u, tiba2 i begitu bencikan u, padahal u x buat salah pun kat i. i minta maaf tapi itula yang i rasa skrg. u bole benci dan marah i bila u dah baca ni. salam" (kepada Rina, kalau awak baca ni lah, sori kalau ulasan semula tak tepat sangat seperti yang awak hantar kepada Jafar...hehe!) Aku garuk kepala tengok sms tu. Boleh ke jadi camtu? Ini macam kes pun ada...dunia, dunia!


Aku tanya Jafar, apa ko rasa masa ko dapat sms tu? Jafar cakap dia pun garu kepala macam aku tadi! Kempius pokcik gitew...haha! Gelihati ada, pelik ada, sedih ada, bercampur-baur. Lepas tu Jafar kata dia cuma balas, u (Rina) mungkin masih fobia dengan pengalaman lalu, jadi rileks lah dulu. Dan ketika itu, hari dah larut malam, Jafar pun dah panas punggung lepak dengan aku kat restoran yang tak berapa nak meriah tu, aku pulak dah lenguh pinggang. Kami pun bersalaman sambil menguap seperti walrus keletihan, dan aku ucapkan semoga berjaya serta selamat jalan kepada Jafar.

Sampai saat aku menulis ni, aku takde kesempatan lagi nak lepak minum dengan Jafar, tapi sesekali ada gak kami chat di ym, dan aku tanya perkembangan kes dia ni. Sehingga kini Rina masih menolak sama ada untuk bertemu mahupun bercakap secara terus melalui telefon. Yang terbaru, dia ada ala2 cut and paste kat aku sms2 daripada Rina untuk aku nilai mengikut kepakaran aku, dan secara ringkasnya bolehlah aku simpulkan pendapat aku begini (tak kuasa aku nak cut n paste balik conversation aku semua dengan Jafar la weh!):

1. Jikalau menurut pandangan aku dari sudut psikologi, Rina bertindak demikian mungkin atas beberapa sebab:
  • Rina dihantui oleh pengalaman lalu yang buruk. Fobia. Trauma. Jadi apabila dia mula hendak menyayangi seseorang yang lain, mekanisma pertahanan dirinya di luar kesedaran menimbulkan rasa benci sebagai jalan melarikan diri, walaupun tanpa sebab yang munasabah.
  • Rina sebenarnya mungkin menyorokkan sesuatu di luar pengetahuan Jafar, sebagai contoh, dia sebenarnya sudah ada hubungan dengan orang lain tetapi tak mahu memberitahu Jafar tentang itu.
  • Rina mempunyai pendirian "If I can't get you now, I will not get you forever".
  • Ataupun, Rina merasakan dirinya tak padan dan tak sesuai dengan Jafar yang agak jauh jarak usia, dan tak berapa hensem plak tu...hehe...(jangan marah bro..hakikat tu!)

Itu menurut perspektif kejiwaan berdasarkan ilmu psikologi yang aku ada (masa belajar dulu pun kalau tak silap dapat B+ je subjek ni...hehe!) dan juga pengalaman hidup serta pembacaan aku yang sederhana luasnya.

2. Jikalau menurut pandangan aku dari sudut supernatural atau ilmu kebatinan dan alam ghaib, sekiranya benarlah ex-bf si Rina yang abusive tu datang dari keluarga yang ada bela-membela (bukan bela ayam itik kambing yer) atau saka keturunan seperti yang diceritakan oleh Rina kepada Jafar, berkemungkinan:

  • Rina telah diikat menggunakan ilmu pengasih atau dipanggil ilmu guna2 dan 'kemat' di sesetengah tempat. Jadi setiap kali dia cuba atau mula menyayangi orang lain, perasaan benci akan timbul tanpa perlu sebarang sebab.
  • Rina sendiri tiada atau kurang pendinding diri, atau mempunyai semangat yang agak lemah. Syaitan memang suka sangat kita ni benci-membenci dan sentiasa meniup api kemarahan supaya kita berpecah-belah, padahal tak semestinya jadi couple kalau nak sayang-menyayang, jadi kawan biasa pun boleh apa? Sepatutnya wujud perbincangan yang sihat dalam menyelesaikan apa-apa masalah, tetapi desakan sebegini yang akan membuatkan kedua-dua pihak baik Jafar mahupun Rina dilanda kemurungan.

Itu pandangan dan pendapat aku. Pandangan kalian mungkin berbeza. Kalau merasa ada desakan nak lahirkan pandangan dan saranan, bolehlah suarakan di ruangan komen. Sebelum aku akhiri kisah Misteri Jiwa ini, aku nak sampaikan saranan aku di sini buat Jafar dan Rina:

Jafar - kena bersabar, jika kau benar-benar ikhlas menyayangi dan ambil berat pasal Rina. Mungkin dia masih perlu masa. Jangan cuba guna kekerasan fizikal plak, aku tau tu bukan cara kau! Pasal ko cakap nak guna kaedah alternatif tapi lembut menusuk kalbu tu, tunggu dulu, kalau dah tak bole nak tolong baru ko buat ya...huhuhu! Nasihat lain, ko ym ajelah aku nanti.

Rina - pun kena bersabar. Dalam dunia ni tak ada apa boleh dapat dengan senang. Fikir dengan akal yang waras, bukan sekadar menurut hati dan perasaan. Cuba terima saranan Jafar untuk berbincang secara telus dan terbuka. Sesiapa pun tak suka dipermainkan, atau rasa seperti dianiaya. Manusia semua ada tahap sabar dan timbangrasa masing2. SMS aje tak cukup, malah kadang2 boleh burukkan keadaan kerana kita tak tau nada sebenar si penghantar. Tiada apa perlu ditakutkan, kita ada undang2, dan kita ada Tuhan untuk melindungi sekiranya kita di pihak yang benar. Berdoalah. Aku rasa kau sendiri boleh menilai apa yang baik untuk diri kau. Adakah permusuhan atau persahabatan yang kau cari? Jika benar kau bukan sekadar main-main, isi masa lapang, atau juz a rebound, kenapa perlu siksa diri dan menolak hakikat?

Unless, if both of you think this is nothing important at all, so be it. Pun terus terang ajelah. Berkawan selagi ianya sesuatu yang menyenangkan, bukan menyusahkan!

Maka dengan itu, aku rasa cukup setakat ini kisah 3 bahagian Misteri Jiwa yang memusykilkan pada aku. Sehingga jumpa lagi di lain kisah, salam hormat dan wassalam. Adios!

No comments: