Sesekali aku berasa marah
Bila ketika dilanda gundah
Tapi adakah itu jalan penyudah?
Bila ketika dilanda gundah
Tapi adakah itu jalan penyudah?
Sesekali aku berasa marah
Bila rakan buatku susah
Tapi akan adakah sebuah penyudah?
Aku tak suka berasa marah
Kerana ianya bukan penyudah
Malah buatku rasa semakin parah
Kadangkala aku beralah
Untuk mengelak menjadi parah
Tapi dapat tiada diendah
Maka kini aku hanya pasrah
Biarlah nasib penentu arah
Tiada kumahu parah amarah...
No comments:
Post a Comment