Thursday, May 8, 2008

Does RM2.4m Sounds Enough for You?

Semalam, jam 2.00pm, kami sampai di perkarangan Yayasan Al-Bukhary, Taman Tasek Perdana, KL selepas menunaikan solat zohor di Masjid Negara berdekatan.

Jam 3.30pm, kami akan mengadakan satu sesi pembentangan untuk mendapatkan tender membekalkan perkhidmatan, yang dianggarkan nilai projek lebih kurang RM2.4 juta, untuk fasa pertama.

Apa kena mengena aku dengan projek ni? Aku ke yang akan membekalkan perkhidmatan yang diperlukan tersebut?


Aku cuma sebagai orang tengah di awal-awal pembabitan kerjasama beberapa syarikat untuk membuat proposal & sebutharga projek ini. Seorang 'cousin-in-law' kebetulan bertanya mengenai penglibatan aku dalam Eilham Technopreneur Development Program (ETDP), yang kemudiannya menyerahkan kepada aku untuk mencari vendor yang sesuai, dan kemudiannya dia sendiri menyertai ETDP, kerana dia tahu selepas ini dia pula boleh memanfaatkan projek2 lain atau dari sumber2 lain untuk dirinya sendiri dalam bentuk komisen, seterusnya membantu aku dalam bentuk royalti.

Insya-Allah, walaupun kebarangkalian untuk mendapatkan projek ini sehingga waktu aku menulis ni, masih 50-50, tapi lebih baik dari 0, sekiranya aku langsung tidak menyertai ETDP.

Agak2 berapa agaknya 10% dari nilai projek sekiranya projek ini dapat kepada kami? Lebih kurang RM200 ribu setelah ditolak 5% cukai kerajaan. Dan dari jumlah itu, aku peruntukan 5% pula untuk saguhati kepada 'cousin-in-law' aku, kerana memberi laluan untuk aku ke dalam projek ini. Berapa agaknya sekadar saguhati itu? Lebih kurang RM10 ribu (tax-free plak tu!), tanpa perlu dia bersusah payah berkejar ke sana ke mari menguruskan projek. Dan selepas ini dia sendiri mungkin akan dapat lebih daripada apa yg aku dapat ini, insya-Allah dari projek2 lain melalui komisen (berdasarkan project worth) terus untuk dirinya (memandangkan beliau mempunyai pengaruh lebih luas), melalui ETDP ini. Tetapi aku akan mendapat juga royalti 11% dari keuntungan (profit) sebarang projek2 tersebut, sebagai orang yang membawa masuk beliau ke dalam program ini, dan begitulah seterusnya akan berlaku untuk 10 peringkat.

Nak penjelasan lebih lanjut tentang semuanya ini? Klik di SINI ataupun di SINI.

Ini bukan sekadar omongan kosong!

No comments: