Mahkamah Tinggi Syariah benarkan permohonan murtad
08/05/2008 12:34pm
PULAU PINANG 8 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang hari ini membenarkan permohonan pengisytiharan bukan beragama Islam, Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39. Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.
(dipetik dari Utusan Malaysia Online)
Aku tak terkata apa membaca berita di atas.
Sememangnya aku bukanlah seorang ulamak mahupun warak, tetapi aku bukan jahil.
Inilah akibatnya apabila kita terpaksa menurut hukum manusia, hukum dunia, berbanding hukum Allah dan hukum syarie.
Jauh di sudut hati aku, terasa satu kekesalan yang sangat mendalam. Marah. Kecewa.
Teringat aku kes Natrah. Lina Joy. Dan lain-lain lagi.
Ini yang dilaporkan akhbar, yang melalui proses mahkamah. Yang kita tidak tahu?
Lepas ni, apa pulak lagi ya?
Astaghfirullah wa nauzubillahi min zalik...
Ya Allah yang maha besar, lindungi kami dari fitnah dunia, dari malapetaka murtad, dari bencana akibat kemungkaran di bumi kami! Allahu Akbar!
*update: sila klik di SINI untuk membaca, mendengar dan melihat video penerangan dari Isu Siti Fatimah Tan Abdullah: Wawancara bersama Peguam Ustaz Ahmad Jailani.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment