Sunday, May 4, 2008

Ketuanan dan Kekuasaan

Jangan kompromi - UMNO digesa tidak terus tunduk pada tuntutan jejas kuasa, hak Melayu

Oleh LUQMAN HAZIQ

JOHOR BAHRU 3 Mei – Apa jua usaha memulihkan kembali Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO hendaklah dilakukan tanpa kompromi terhadap kuasa dan hak Melayu.

Beberapa peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang ditemui berpendapat UMNO tidak perlu terus tunduk kepada permintaan rakan komponen BN yang lain kerana tuntutan-tuntutan itu tidak akan berakhir. more... (dipetik dari Utusan Malaysia Online)

Membaca dan melihat perkembangan terkini arus politik tanahair, baik melalui media arus perdana mahupun alternatif, agak merisaukan aku.

Sepertimana yang pernah aku jelaskan sebelum ini, aku bukanlah seorang pakar dalam bidang ini. Aku cuma rakyat biasa.

Aku juga bukan fanatik politik Melayu, cuma aku ingin mempertahankan hak bangsaku sebagai pribumi di tanah tumpah darahku.

Pada aku, menggembar-gemburkan istilah 'Ketuanan Melayu' mungkin boleh membawa rasa tidak senang kepada sesetengah pihak.

Aku lebih suka ianya disebut 'Ketuanan Bumiputera' atau 'Ketuanan Pribumi'. Kerana Bumiputera merujuk kepada kaum lain yang menjadi penduduk asal negara ini juga, seperti orang asli, Kadazan, Iban dan lain-lain. Mereka juga mempunyai hak istimewa sepertimana orang Melayu. Cuma secara majoritinya, Melayu ialah kumpulan bumiputera terbesar.

Aku juga tak suka kaum bukan bumiputera mempertikaikan hak keitimewaan dan kekuasaan pribumi di tanahair mereka sendiri. Memang aku tak nafikan, mereka dilahirkan di sini, dibesarkan, cari makan dan lain-lain, tapi nampaknya mereka lebih tak sedar diuntung berbanding berterima kasih.

Nak kesamaan hak dan keistimewaan? Tolonglah, cakap bahasa Melayu yang bahasa rasmi pun masih tunggang langgang! Dah lahir sini, setelah 50 tahun merdeka, masih pelat teruk. Aku yang lahir dalam keluarga Melayu yang tak cakap 'orang putih' kat rumah pun boleh bertutur dalam bahasa Inggeris jauh lebih baik dari mereka berbahasa Melayu yang sepatutnya tak asing langsung.

Lihat saja kaum lain di Indonesia, contohnya kaum Cina Indonesia. Fasih berbahasa Indonesia, malah nama pun kadang-kadang tak melambangkan mereka berbangsa Cina. Namun di Malaysia, mereka lebih bebas mengamalkan budaya dan cara hidup. Orang Melayu Malaysia cukup baik hati, bertoleransi. Tapi apa kita dapat dari kebaikan ini? Pijak kepala!

Ini sekadar pandangan aku. Nak tulis semua, tak larat menaip, tak kuasa juga korang nak baca.

Akhir kata, aku harap orang Melayu sendiri kena sentiasa berwaspada. Jangan hanya mengharap atau tau mengutuk UMNO saje. Tanggungjawab atas kita semua. Jangan menentang hak keistimewaan sendiri. Jangan kita jadi macam pribumi di Amerika Syarikat, Australia atau New Zealand, yang terpaksa merempat di tanahair sendiri. Malaysia bukan negara imigran seperti mereka. Sentiasa beringat. Kekuasaan bukan hanya pada simbol kerajaan beraja. Kuasailah juga ekonomi. Jadilah yag terbaik. Dan yang paling penting, jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah!

No comments: