Johor Bahru 2 Mei - Seorang Jurutera Jaringan (network engineer) di bandaraya ini menyertai ETDP pagi ini.
En Kamaruzaman @ KZ @ Botak merupakan seorang kenalan lama sejak di bangku sekolah menengah tingkatan 4, ke IPTA yang sama selepas SPM dan menerima ijazah di IPTA yang sama juga dengan saya (tetapi bukan IPTA yang kami masuk mula2 selepas SPM tu).
Setelah melayari blog ini dan juga laman web rasmi ETDP, beliau mendapat penjelasan secara ringkas melalui yahoo messenger dari saya berkaitan program ini. Kebetulan pada hari ini, Pengarah Urusan Designel Media, En Zahir @ El-Hirud berada di JB atas urusan perniagaan, telah berjumpa dengan beliau seterusnya memberi penerangan lebih lanjut. Maka tanpa was-was lagi, KZ menandatangani borang keahlian. Syabas KZ!
Secara ringkasnya, apakah itu ETDP? Ada 3 perkara yang menjadi intisari, iaitu:
1. Learn (Belajar) - Secara online (forum etc.), melalui seminar2 dianjurkan OUM, dan secara bersemuka melalui kaedah mentor-mentee.
2. Business Model - Print Design & Printing, Web Design & Development dan E-Learning Solutions. Anda mendapat komisen antara 10-15% sekadar mendapatkan client dan close the deal utk ready made or custom made products and services ini.
3. ET Fund - Dana sehingga RM500, 000. Anda dibayar oleh YBIM untuk menjadi mentor atau tenaga pengajar. Penjelasan lanjut, anda perlu bersemuka dengan saya atau mana-mana ahli ETDP berdaftar. Atau cari mana-mana post di dalam blog ini dengan label/kategori "Consultancy and Services" atau "Money and Busineess" dan bacalah segalanya.
Semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment