Monday, May 19, 2008

Teka Teki Teka Tekuk

Haa...kali ni kita main teka teki pulak nak?

Jawapan anda boleh cuba berikan dalam ruangan 'comment' di hujung post ini.

Sebelum ni, aku rasa teka-teki "kotak apakah yang tak boleh di angkat" yang paling susah (kalau korang tau jawapan, silalah beri, aku dah tau, rasanya ramai pun dah tau jawapan teka teki popular ni, dan jawapan untuk semua teka teki ini akan aku berikan dalam ruangan 'comment' jugak).

Tapi ada jugak yang lebih pening fikirnya....

Nah, tolonglah jawab:

1. Binatang apakah yang mempunyai buah di tengkuknya?

2. Tali apakah yang terpanjang di dunia?

Semua teka-teki ni kawan2 aku yang bagi, dan semuanya aku jawab salah untuk percubaan pertama...hahaha! Tapi berjaya selepas percubaan berikutnya :D

Haa....jawablah...ada berani?

1 comment:

Yuzray Eusoph said...

Hah...jawapannya:

1. Kuda kepang

2. Tali 'bra'

Sekian.

:D