Sunday, November 2, 2008

ETDP Preview & Print Business Workshop



* Dari kiri: Puan Tg. Irwanie, Cik Nordiana dan saya.

* Cik Diana mengendalikan Print Business Workshop.

Hari ini jam 11 pagi hingga 1 tengahari, Eilham Technopreneurs Development Programme (ETDP) sekali lagi menganjurkan ETDP Preview dan Printing Business Workshop, kali ini di MITEC (MSC Incubator), MMU, Cyberjaya.

ETDP Preview secara umumnya memberi penerangan berkaitan program tersebut dan disampaikan oleh saya sendiri pada hari ini kerana Pengarah program, En. Ahmad Zahirudin berada di Kelantan untuk menguruskan perniagaan dan juga mengembangkan ETDP di sana.

Selanjutnya, sesi workshop untuk Print Business dikendalikan oleh Cik Nordiana dan Puan Tg. Irwanie. Boleh dikatakan jumlah kehadiran pada hari ini agak kurang berbanding sesi sebelum ini yang dikendalikan di Danau Kota, mungkin kerana masih ramai yang masih mengunjungi rumah-rumah terbuka walaupun Syawal baru sahaja berakhir.

Walau bagaimanapun para peserta menunjukkan minat dan kerjasama yang begitu mendalam dan sesi pada hari ini berakhir dengan rasa puas hati yang amat tinggi kepada kedua-dua belah pihak. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi sebegini pada masa yang akan datang agar anda juga dapat pulang dengan kepuasan yang maksimum!

2 comments:

Warnawanie said...

bile mo datang makan2 dirumah ni...

Yuzray Eusoph said...

alamak...sori...dalam kesibukan dan kemabukan kak eza, mana pun tak dan nak pi...nnt i will inform ek, thanx for reminding :)