
Maka kami pun masuk ke ruang lobi, duduk di sofa tempat menunggu, dan tak sampai 5 minit, En Fadhil pun turun. Maka kami pun berbincanglah sebagaimana layaknya para ahli perniagaan bermesyuarat, tetapi lebih mesra kerana kami memanglah bukan baru kenal pun. Setelah bersetuju untuk memberikan proposal dan sebutharga pada perjumpaan berikutnya, En Fadhil bertanya-tanya tentang statusku sekarang, yang secara rasminya sepenuh masa tidak lagi makan gaji dengan mana-mana syarikat. Lalu aku dengan bangga tetapi tidaklah riak langsung pun memberitahu yang kini aku bolehlah dipanggil seorang usahawan-tekno (bukan muzik 'techno' yek) melalui program ETDP ini.
Walaupun beliau merupakan seorang yang berpangkat tinggi dengan gaji yang aku kira boleh tahan hebatnya, beliau mendengar dengan penuh minat penerangan aku yang serba ringkas mengenai ETDP ini. Memang selayaknya beliau memegang jawatannya sekarang, kerana tanpa kuduga, beliau tidak berfikir panjang (kerana orang bijak perlu hanya sedikit masa untuk berfikir, tetapi bertindak pantas) terus meminta borang lalu mengisi dan menandatangani sebagai ahli berdaftar terbaru untuk hari ini. Alhamdulillah, syabas dan tahniah aku ucapkan. Beliau sedar kebaikan program ini, yang tidak akan mengganggu waktu kerja rasminya, yang akan menambah ilmunya, seterusnya menambah juga pendapatan sampingannya!

Kami pun mengucapkan selamat setelah segalanya selesai, kerana beliau ada mesyuarat lain dan kami pun ada pertemuan lain pula di Universiti Malaya. Di UM kami berjumpa En Apeng (apa nama betul dia aku pun tak ingat) seorang pensyarah dan juga penuntut Sarjana yang sudah pun menjadi ahli ETDP. Sekadar untuk berkongsi ilmu daripada dan kepadanya, pertemuan berlangsung lebih kurang sejam kerana selanjutnya kami perlu pula ke Sunway Pyramid. Fuhh...jauh perjalanan kami hari ni!
Federal Highway, kalau dah jam 5.30 ptg faham2 sendirilah camne rupenyer. 30 minit perjalanan, kami sampai, lantas terus ke lokasi pertemuan berikutnya iaitu di J.CO (ala2 Coffee Bean+Dunkin' Donut tu). Tujuan - berjumpa seorang yang sudahpun bergelar usahawan iaitu En Kamal untuk memberi penerangan mengenai ETDP. Ini menunjukkan, di mana-mana sahaja kita boleh bermesyuarat, dan mengembangkan idea perniagaan kita. Walaupun En Kamal tidak lagi membuat keputusan untuk menjadi ahli, namun beliau berminat untuk menjalin usahasama dengan Designel Media dalam beberapa urusan tertentu berkaitan ICT.
Begitulah secara ringkasnya catatan perjalanan untuk hari ini. Moga hari esok akan lebih cerah, dan lebih ramai menyedari yang kita perlu keluar dari zon selesa (comfort zone) masing-masing.

No comments:
Post a Comment