Welcome to YiP! Everything you can think of, you might find it here. From life stories, self-improvement methods to business and general knowledge. Even make this site like a portal for news etc. Also listed are my products and services offered to all. Have an informative fun time fellas, and keep on scrolling!
Tuesday, June 17, 2008
Insuran, Cukai Jalan, Rebet Tunai, bla bla bla...
Pagi ni aku pi renew insuran & cukai jalan Moskito aku yang rupanya dah dekat 2 minggu mati! Nasib baik la aku perasan gak...buatnye kena cek kat road block JPJ ke polis ke tak ke naya je aku kena saman. Hah...korang punya lesen ngan roadtax hidup lagi tak?
Tak jauh dari rumah aku, ada satu ejen insuran yang sungguh gempak namanya; Plethora Sdn Bhd (Dah saya promote ni, apa lagi cik Idayu, contactlah saya untuk future biz...hehe!). A bumiputra owned company, handled by two lovely ladies (one is the boss, one is the staff). Bukan setakat orang2nye aje cun, opis dia pun, selesa beb! Asalnya aku masuk first time kat situ nak print document, murah je dia charge, lebih murah dari mana2 cybercafe yang aku pernah pi utk satu page black and white. Berurusan dengan mereka juga tak banyak cerita, mudah dan cepat. Kalau aku malas sangat nak pi pos opis pun, upah nak renew roadtax sekali sangatlah berpatutan. Tapi aku memang nak pi pos opis, ingat nak dapatkan rebet tunai yang diwar-warkan oleh gomen kita tu. Maka setelah selesai berurusan di situ, maka aku pun terus menunggang dengan konfidennya dengan harapan, tiadalah sebarang roadblock di hadapan!
Sampai di pos opis, aku tengok orang sederhana ramainya. Takdelah macam nak roboh ke...ambil nombor giliran, tak sampai 15 minit sampai dah giliran aku. Sungguh efisien pos opis skrg ni, baguslah. Maka aku pun bertanya, boleh ke dapat rebet tunai tu sekarang? Maka jawapannya...jeng jeng jeng..."Tak boleh la encik...buat masa ni hanya untuk roadtax yang di renew antara April dan Mei 2008 ni je. Encik boleh claim bulan Julai nanti ya," jawabnya dengan muke yang tak berapa nak senyum, mungkin dah letih, belum makan, orang ramai, atau sedang hadapi hari2 sukar seorang wanita. Takpelah, belum rezeki aku. Ada dua biji kereta lagi yang nanti aku nak claim...
Sebenarnya aku pun tak berapa nak faham apsal la kerajaan nak naikkan harga minyak begitu teruk sekali, lepas tu susah payah plak bagi rebet. Naikkan sikit2 dulu tak boleh ke? Aku banyak baca dalam blog org lain, blog Tun Dr.M contohnya, email2 yang aku dapat, banyak cara kita boleh tangani kenaikan harga minyak dunia. Yang depa ni pun, yang orang tua tu nak dijadikan musuh watpe. Kot ye pun dia ada buat salah masa zaman dia dulu, kot ye pun dah tak suka, cuba ambik apa yang bagus dari idea dan pendapatnya yang memang dah banyak kali terbukti berkesan tu. Entah lah, kadang2 kita ni buduh sumbung pun ye gak...
Alasan yang diberi dah makin tak masuk akal kat rakyat kite yang bukan bodoh ni. "Harga minyak kita adalah yang termurah di rantau ini," Yang pi banding dengan negara yang takde langsung keluarkan minyak tu buat apa? Cuba banding dengan negara yang turut keluarkan minyak, maka aytnya akan jadi begini: "Harga minyak kita adalah yang TERMAHAL di antara negara2 pengeluar minyak dunia," Haa...ni baru betul!
*nota kaki: Singapura melantik mantan PM nye Lee Kuan Yew sebagai penasihat pentadbiran negara, kerana beliau terbukti menbangunkan Singapura ke tahap sekarang (biar apa pun caranya tu urusan negara tersebutlah). Apa susah sangat ke kita nak ambik mantan PM kita sebagai penasihat especially berkaitan pengurusan ekonomi? EGO! Nah, skrg boleh ke kita tengok orang2 besar kita tukar cara hidup? (naik Yamaha Ego ke, skooter kayu ke). Jangan harap ler...
Dah la..aku rasa korang pun dah busan nak baca atau bincang pasal isu ni. Apalah lagi yang kita boleh buat. Membebel kat belakang aje la. Aku pun taknak kena dakwa menghasut, kang kena ISA lagi susah. Apa-apa hal...kita cuba lah cari usaha sendiri baiki taraf hidup kat negara yang makmur tapi makin menghimpit rakyat kelas pertengahan dan bawahan macam aku nih. Marilah sama2 join ETDP. Apa itu? Haa...klik kat atas sekali tu, kat bahagian "My Products and Services". Kami hanya ingin membantu anda dan diri kami juga, dalam menghadapi hidup yang semakin mencabar ini!
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aishah dah pi amek subsidi part dia.. huhuhu.. dapat cash~!! kitenyer turn kena tunggu bulan july lor...
ermm...kak eza pun nasib baik gak...dapat dah bahagian dia. Untung gak..kalau tak sempit dah kitorang bulan ni... :(
Post a Comment