Thursday, June 5, 2008

Minyak Naik, Barang Pun Sure Naik! Naik Hangin Gak Wooo....

Tak terkata aku bila kerajaan umumkan kenaikan harga petrol dan diesel.
Mungkin memang dah tak boleh nak elak lagi. Mungkin jugak boleh. Entah, aku bukan pakar.
Yang pastinya aku dah mula rasa sesak napas!

La ni, full tank kancil pun lebih RM50 dah. Kalau dulu, RM30 penuh dah tangki, leh jalan sampai Melaka, patah balik siap, pun ada baki. Tu kancil...kalau kereta besar sket lagi? Kalau dulu RM65 full tank, tak jadi lebih kurang RM100 dah sekarang?

Macam mana kita marah, amuk, memang tak guna. Barang2 akan menyusul naik jugak. Tak percaya tengok je lah nanti. Jadi apa kita nak buat nih? Tunjuk perasaan? Boikot? Merusuh? Ingat orang kat atas2 tu peduli ke? Dia tembak kang sesia je...tak pun free je masuk 'dalam'!

Dah tu, apa lagi boleh kita buat kan?
*edit: mungkin kalian patut baca hasil tulisan mantan PM kita Tun Dr. Mahathir berkaitan hal kenaikan harga minyak ini, di blog beliau. Sila klik di SINI. Aku respek betul...

*edit 2: ni ada satu petisyen yang mungkin korang berminat gak nak tengok: http://www.petitiononline.com/PakLah/petition.html

Hmm...kat sini la aku nak ajak korang bantu diri sendiri. Bantu keluarga. Bantu kawan2. Bantu aku sekaligus yang dah semakin sesak nih. Jangan la nak harap kerajaan je nak buat semua. Kalau tukar kerajaan sekalipun, aku rasa 2x5 je. It's unevitable phenomenon.

Camne nak bantu diri sendiri tu?

Banyak cara beb...ikut kemampuan dan kreativiti sendiri lah. Ada yang cari side income. Ada yang main saham. Ada yang join MLM. Ada yang mula buat kerja tak senonoh...yang ni jangan buat lah kan! Tapi aku nak sarankan salah satu cara yang boleh membantu. ETDP - Eilham Technopreneurs Development Programme. Klik je, bukan kena bayar pun.


Kat situ ada penerangan ringkas. Siap video penerangan sekali dalam Bahasa Melayu kalau kurang faham English. Kalau rajin nak browse blog aku nih, scroll ke bawah, tengok older post atau kalau bijak sikit klik kat kategori / label 'Money and Business' atau 'Consultancy and Services', anda akan dapati beberapa post yang memberi penerangan ringkas.

Nak tau lebih lanjut, call ajelah aku nih... 014-3653525.

1 comment:

Yuzray Eusoph said...

Petronas biaya Orkestra RM3.5 juta sebulan!
Azamin Amin
Fri | May 30, 08 | 10:57:43 am MYT
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Sudah pasti rakyat 'menitis' air mata dan
'terhiris hatinya apabila Petronas yang diharapkan membantu rakyat di
kala krisis minyak yang melanda sekali gus membebankan kos sara hidup
'berbelanja' mewah semata-mata untuk hiburan untuk golognan elit.

Parlimen dua minggu lalu menyaksikan pendedahan Ahli Parlimen
(DAP-Bagan) Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa
Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai
Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh
kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.

Menurut laporan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari
kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang
diimpot malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya
RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri Besar dan
Menteri Kabinet Malaysia .

"Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,
sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang satu
peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?"
kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya.

Kata Roslan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini dan
rakyat disarankan untuk berjimat-cermat maka penjimatan yang paling
utama adalah untuk menghapuskan sahaja orkestra yang tidak memberi
manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini.

"Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor orkestra
ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah.

"Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia
sebanyak RM1,200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300,"

"Dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108
orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos
hidup hari ini!," katanya dalam blog n32blogspot.