Thursday, June 26, 2008

Miau Miau Kucing, Shy Shy Cat :)


Qassia

Post kali ini adalah untuk para pencinta kucing. Takkan muat kalau aku nak letak semua gambar kucing kesukaan aku kat sini. Apa yang bole aku dapat tunjuk, beberapa favourite, termasuk juga beberapa yang aku sempat capture sendiri.
Tapi kat bawah ni nanti ada satu video yang amat menarik pada aku. Kucing pun pandai massage beb...hehehe!

Aku ingat lagi masa aku kecik dulu, rakan bermain aku pada kebanyakan masa adalah makhluk ni lah. Memandangkan aku takde adik, kakak2 pulak sibuk dengan geng2 sendiri, aku pun layan kucing je lah walaupun mak aku tak berapa nak suka. Kucing2 ni pun memang tau orang ni suka ke tak kat dia. Ada satu masa tu, tiap2 pagi ada kucing yang aku bagi nama 'Gurl' akan datang tiap2 pagi, kejut aku bangun tidur lebih kurang jam 7 pagi dengan menjilat cuping telinga...hihi...geli2 je (untung dia jilat telinga bukan benda lain...hahaha!)

Walau macam mana pun, aku tak pernah bela kucing. Nak jaga bukan bole suka2 hati, terabai kang buat dosa je. So aku layan je mana2 kucing yang aku jumpa, atau yang datang2 tu.

Sebenarnya kena hati2 sket kalau main ngan kucing ni. Satu kalau ada sakit macam athma (semput) ke, atau pun tak kenal sangat hati budi kucing tu, tak pepasal kena cakar.

Anyway. kucing pun makhluk Allah. Abu Hurairah R.A. mendapat gelarannya kerana kecintaannya kepada kucing. Pada aku, bagaimana cinta pun kita sesama makhluk, tetap ada batasannya. Berpada-pada lah kata orang tua-tua kan. Ini punya la sayang kat kucing, sampai manusia lain pun buat tak pedulik, apa cerita? Haha...sebab aku teringat seorang kawan semasa duduk rumah sewa dulu. Dia bela seekor kucing yang diberi nama 'Harun' (takde nama lain ke yang lagi comel...ada ke kasik nama serupa orang..haha!). Dia sendiri jarang makan nasik, save bajet, makan roti je manjang, tapi si Harun tu tiap2 hari makan Friskies!

No comments: