
Aku bukan membenci atau menentang pengiklanan. Aku faham keperluan pengiklan untuk mempromosi. Aku faham stesen penyiaran perlukan sumber pendapatan. Tapi aku paling menyampah bila cerita yang patut bole tamat jam 12 malam (sbb bermula jam 10 malam) dihentikan, terpaksa tunggu 1/2 jam selepas nightline, baru sambung. Lebih menyakitkan hati, cerita tinggal 5 atau 10 minit nak habis, tapi sebabkan depa ni nak cukupkan masa sampai pukul 1 pagi, terpaksa aku tunggu 15 minit iklan tak henti2. Pada aku, they are selfish. They don't really care what the viewer like or not!
Enuff said, orang yang tak langgan satelit tv mcm aku ni takde pilihan. Takde suara. Takde hak. Bab ni mmg aku tak dapat tolerate. Mahap la ye stesen jom heboh, korang memang tak peduli, kan?
Selamat malam.
No comments:
Post a Comment