Welcome to YiP! Everything you can think of, you might find it here. From life stories, self-improvement methods to business and general knowledge. Even make this site like a portal for news etc. Also listed are my products and services offered to all. Have an informative fun time fellas, and keep on scrolling!
Wednesday, June 25, 2008
Kita Semakin Materialistik?
Olimpik: RM1 juta 'satu-satunya' cara
oleh: Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 25, 08 2:21pm
Insentif RM1 juta kepada seorang atlet negara yang memenangi pingat emas satu-satunya cara untuk memberikan galakan kepada mereka di Sukan Olimpik, kata Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
"Kita tidak akan tahu sama ada insentif ini akan membawa kejayaan untuk meraih pingat emas."
Read More Here...
www.malaysiakini.com
Di saat rakyat negara ini semakin terhimpit hidup akibat kenaikan harga petrol dan barangan keperluan, kerajaan yang bijak laksana ini mengumumkan insentif 'melampau' kepada atlet negara yang membawa pulang emas pada sukan Olimpik Beijing nanti. Seketul pingat emas tu kalau dilebur itulah nilainya, agaknya lah. Itu kata orang 'tak pandai' macam aku.
Projek2 berfaedah tapi dikatakan 'mega' dibatalkan, kononnya pembaziran. (Baca selebihnya berkaitan projek mega membazir di SINI). Bagi satu juta kat atlet bawa pulang emas, itu tak membazir. Kalau naikkan dari RM160,000 ke RM200,000 tak cukup motivasi agaknya. RM200k tu boleh beli roti sebuku je kot, atau beras sekampit. Ataupun kerajaan kita begitu yakin atlet kita takkan mampu bawa pulang satu ketul pingat emas pun? Sebab tu berani letak harga setinggi itu? Satu2nya cara pulak tu...
Penat aku berhabis masa dan wang belajar tinggi2, sebab aku ni memang dilahirkan tanpa bakat sukan, mahupun tenaga berlebihan, tapi nak dapat RM100k setahun pun macam susah sangat. Kan ke bagus kalau sejak kecik mak ayah aku mampu bagi aku vitamin lebih, hantar belajar sekolah sukan, tak payah aku buang masa kat universiti. Lari2, lompat2, dapat emas seketul, jadi jutawan.
Semalam chicken wings aku tiga ketul kena curi dengan kucing pun, aku dah rasa sedih, walau nilainya cuma RM3.90. Memang dah rezki kucing tu, bukan aku, takpelah.
Aku pun dah tak tahu apa lagi nak jadi dengan negara kita sekarang ni, hari tu nak naikkan gaji para CEO GLC hampir 100%, pastu tersedar macam dah silap, batalkan. Nampak sangat macam dah hilang hala tuju.
Maka kitalah yang akan terpaksa berusaha sendiri, berfikir, cari jalan, untuk meneruskan kehidupan. Janganlah kita mengharap kepada yang tak boleh diharap. Harapan anda kini masih ada, mungkin di SINI. Pilihan tetap di tangan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment