Sunday, June 8, 2008

Photography & Video - Selamat Pengantin Baru, Nizam & Norazliya



Jam 10.30 pagi, aku bertolak dari rumah menuju ke Beranang. Bukan nak pergi berenang, sebab kalau nak berenang kat rumah aku pun ada swimming pool, tapi pergi shoot gambar orang kahwin. Ini adalah salah satu perkhidmatan yang aku sediakan untuk sesiapa sahaja, dengan harga yang amat berpatutan, malah jauh rendah dari pasaran semasa kini!

Saudara Nizam telahpun melangsungkan pernikahan dengan saudari Norazliya seminggu sebelum hari ini, jadi majlis hari ini ialah majlis di sebelah pihak lelaki. Suasana mendung, tapi Alhamdulillah, tak hujan sehingga selesai majlis. Elok jugak, tak lah terik dibakar sinaran mentari!

Gambar pertama aku nak tunjuk di sini, di ambil dengan kamera Nokia N82 dengan setting sederhana 3mp (maksimum 5mp) sekadar untuk simpanan peribadi.

Direnjis-renjis dipilis...

Yang lain-lain (151 keping lagi) diambil menggunakan kamera D-SLR Nikon D50, setting maksimum 6mp. Kapasiti & saiznya yang besar tidak memungkinkan aku meletakkannya di sini. Dah cuba upload 2-3 keping tanpa resizing, berkurun menunggu tak gak lekat2 kat sini! So di sini aku letak 3 keping lagi yang dah resize...so kualiti agak drop dari yang asal, sekadar untuk tunjuk contoh:

Tinggi lampai kedua-dua mempelai...

Posing dalam bilik pulak...

Dari kerana mata...

*To see more of this & other weddings photosets, please click HERE.

Jadi kepada anda-anda di luar sana yang memerlukan khidmat jurufoto, mahupun juruvideo, juruhebah majlis sekalipun, semuanya aku sediakan. Lain-lain perkhidmatan dan produk, boleh tengok kat atas sekali (bawah language bar) blog ni. Mana-mana link yang boleh klik tu, akan membawa anda kepada post atau site yang berkaitan.
* My baby for video, JVC Everio GZ-MG505AG with 3ccd. Not the latest tech but when it comes to quality vs price, not many can beat!

My pricing? It starts from as low as RM500.00 (basic photography - unedited, 110 pieces 4R sized photo, Klang Valley area, and for basic video shoot - 1 hour VCD output, 4 hours on site shooting, Klang Valley area). There will be some extra charges on additional on-line editing, medium of output, extra amount of photos / extra hours of video, location and any extra services. Very cheap, isn't it?

Anyway, selamat pengantin baru kepada pasangan muda Nizam dan Liya, semoga kekal hingga ke akhir zuriat dan hayat, insya Allah...

*nota: Selamat melangsungkan pertunangan juga kepada Iron Lady of ETDP, cik (masih 'cik' lagi buat masa ni...hehe!) Tengku Irwanie sehari sebelum hari ini (Sabtu 7/6/08). Semoga selamat hingga melangsungkan pernikahan nanti insya-Allah!


Ha...sah tutup kedai dah..hehe!
(gambar sumbangan tuan empunya diri)

*update - Puan Tengku Irwanie telah selamat bernikah pada 10 Oktober 2008.




2 comments:

Warnawanie said...

thanks for da wish~!!!
haah.. dah tutup kedai..
halfly taken...

Yuzray Eusoph said...

Hehehe! No problem sis! always wishing u all the best ;)