Wednesday, April 30, 2008

Al-Fatihah...


Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian anak salah sorang penyampai HOT.FM, Faizal Ismail atau FBI ketika usianya 12 hari akibat kegagalan jantung. Beliau merupakan seorang kenalan lama (senior ketika sama-sama menuntut dlm jurusan Mass Comm Broadcasting di UiTM Shah Alam, dan juga bekas rakan setugas ketika di Radio Malaysia Selangor siaran UiTM - UFM 93.6).

Dan baru sebentar tadi, saya menerima sms dari seorang kawan lama yg juga bekas penuntut Mass Comm UiTM Shah Alam jurusan PR, dan bekas PR Exec di Open University Malaysia (OUM), Puan Azura, anaknya yang berusia 27 hari telah kembali ke rahmatullah 12.18 tgh hari ini dan akan dikebumikan selepas asar nanti. Berkemungkinan akibat dilahirkan tidak cukup bulan, Wallahu A'lam.

Alfatihah...

Semoga bayi-bayi ini bakal memberi syafaat dan pertolongan kepada ibu bapa mereka di akhirat kelak. Amin...