Wednesday, April 23, 2008

Pakatan Rakyat atau Perpecahan Rakyat?




Apr 22, 08 8:57pm

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat - PKR dan DAP. more...

*****

Aku bukanlah seorang ahli politik, pemerhati politik, yang mahir dalam politik, yang pakar memperkatakan mengenai politik. Aku hanya seorang rakyat biasa, yang sehari-hari berjuang untuk memastikan kelangsungan hidup. Aku juga bukan penyokong kuat mana-mana parti, baik Pakatan atau Barisan. Pada aku, yang penting kepentingan rakyat keseluruhan termasuk aku sendiri terjaga.

Cuma, berita di atas (dipetik dari laman web MalaysiaKini.com, yang aku percaya tidak pro mana-mana pihak) amat membimbangkan aku. Macam mana nak berpakat kalau tak sepakat? Bolehkah kita bayangkan - jika mereka selama ini begitu gah sebelum PRU12 melaungkan manifesto masing2, dan kemudian memomokkan perpecahan dalam parti pemerintah - memerintah negara ini?

Sebagai seorang yang beragama Islam yang hidup dalam sebuah negara yang 'agama rasmi'nya Islam (walau aku bukanlah seorang yang begitu warak), aku sangat2 tersentuh dan sensitif dengan kenyataan di dlm berita di atas. Begitu berani kafir laknatullah, yang tak tau di untung, mengaut hasil kekayaan Tanah Melayu, tetapi cuba sebaik mungkin meminggirkan orang Melayu dan Islam!

Aku tak mahu mengulas panjang mengenai hal ini. Cuma aku rasa, sudah tiba masanya sebuah parti Islam seperti PAS mengenal pasti siapa sebenarnya kawan dan lawan. Sesungguhnya perpecahan akan membawa kerugian, bukan terhadap parti sahaja, tetapi kepada seluruh rakyat negara ini secara umumnya.

Segelintir dari kita mungkin berkata (aku sendiri ada kawan-kawan yang berfikiran sebegini): Ah, persetan siapa yang nak memerintah, apa peduli, janji kita hidup senang, makan pakai cukup, duit ada lebih untuk melancong atau beli apa kita suka! Hmm...mungkin benar, ini bukan urusan kita, tapi satu masa ia akan jadi urusan kita juga nanti. Segalanya akan berhubung kait, like a chain reaction. Kestabilan politik = kemakmuran ekonomi. Tak percaya? Jadilah anda seorang yang cuma tunggu dan lihat...

Mungkin, eh..bukan mungkin, tetapi memang sudah tiba masanya kita persiapkan diri dengan pelbagai cara untuk memastikan hidup kita tak begitu terjejas. Kenaikan harga dan lain-lain pasti menjerut bagi mereka yang tidak berbuat apa-apa. Maka lihatlah pautan (link) yang ada di dalam website ini, yang mungkin ada di antaranya sesuai dengan anda, untuk membantu anda sendiri satu masa nanti. Ingatlah, sediakan payung sebelum hujan, DO IT BEFORE YOU NEED IT!

No comments: