Tuesday, April 15, 2008

Duit, duit, dan duit lagi....


Bulan Mac dan April tahun ni, memang merupakan antara cabaran paling getir dalam hidup aku. Akhir bulan Februari, boss kabo kat kami semua: "You guys are advised to start searching for new job. The company is having big problems. We can no longer sustain all, actually, any of the staff starting April 2008. So March is going to be the last month all of you with us, and the last pay. I am really sorry, nothing much that I can do to save the situation, as you are all aware the company's business rely most on client's payments and also projects. Some payments are put to halt, some projects not coming in at all. And I am again would like to apologize, as the February salary is going to be delayed until I don't know when, same goes for March. Starting March, you don't have to come to the office, everybody juz work online from home, unless I call for meetings." And the story going on and on like that. (refer to my previous post titled Yuzray's Life & Biz: Do It Before You Need It) GOSH! Giler ape? Aku pernah rasa jobless hampir 6 bulan, perit, dan akibatnye aku dikejar hutang sampai hari ni. Dah le skrg ni aku ada tanggungan, lain le bujang, dok rumah mak bapak ke. Baru je rasa nak dapat balik momentum yang hilang 2 tahun lepas Aduihhh...

Kemudian, ketika Mac beranjak menuju ke akhir bulan, sebuah syarikat PR Consultancy di KL (yang tidak mempunyai website sendiri, pelik untuk syarikat masa kini yang claim mereka canggih) memanggil aku untuk temuduga. 2-3 hari selepas temuduga, one of the bosses called, and cakap aku berjaya, dan gaji yang aku pinta mereka luluskan. Masya-Allah, gembira lah aku nih, tapi hati aku tiba-tiba terasa tak sedap. Jadi aku minta untuk melihat offer letter dulu sebelum masuk kerja pada minggu kedua April. Rupanya hati tak sedap itu bersebab. Offer letter jauh bercanggah dari apa dikata dan dijanji. Aku meminta penjelasan, mereka menjelaskan, dan mahu tidak mahu, akibat ras terdesak, aku bersetuju saja, cuma belum menandatangani surat tawaran itu. Tapi, akhir minggu pertama April, mereka menelefon dan berkata, salah seorang pengarah telah mangambil orang lain mengambil tempatku, tanpa sebarang sebab. Kalau ikutkan hati, nak saje aku maki pemanggil tu. Dah lah cakap tak serupa bikin, last minit tak jadi pulak! Tapi dengan professionalnya aku sekadar berterima kasih.

Tapi adakah dengan menyesali nasib, meratapi takdir, menyumpah klien-klien yang buat taik pada boss aku tu, menyeranah company Worldcomm (bukan nama sebenar) pembelit itu akan menyelamatkan aku? Tidak tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Tidak sama sekali.

Memang sukar nak stay positive bila dah terjerumus dalam keadaan macam ni. Tapi mahu atau tidak, kita perlu hadapi, cari jalan. Aku pernah gagal, tapi putus asa bukan dalam kamus aku!

Dan ketika jumlah dalam akaun aku menyusut ke tahap gaban, air dah ke paras hidung, satu program baru yang menyuntik semangat dilancarkan. (refer post Yuzray's Life & Biz: Jutawan Internet Halal - Mustahil ker?) Eilham Technopreneur Development Program atau ETDP bukan seperti MLM, bukan skim pyramid, bukan juga skim cepat kaya. Mungkin aku bole katakan ianya Skim Cepat Pandai. Bila dah pandai, baru leh jadi kaya. Pandai ni kena ada masters, PhD ke? Tak juge, bape ramai orang kaya cuma ada first degree atau kurang dari tu, tapi seperti yang selalu aku tulis, ilmu itu penting. Malah ayat pertama wahyu Allah yang diturunkan pun menyebut Iqra', yakni 'bacalah'. Perlu diragui lagi?

Ingatlah, sesungguhnya membantu sesama insan apa lagi sesama Islam sangat mulia ganjarannya. Niat aku membantu yang terdaya, semoga ada juga nanti yang membantu aku di saat memerlukan insya-Allah. Aku masih teringat sebuah movie bertajuk 'Pay-It-Forward'. Kita tak mengharapkan siapa yang kita bantu membalas balik budi kita, malah kita sarankan dia membantu orang lain pula. Tak mustahil kitaran itu akan berterusan seperti 'chain-reaction' dan berbalik kepada kita semula, tanpa kita sedari.

Well, mungkin aku tak akan jadikan ETDP sesuatu yang 'full time' buat masa ini, kerana aku masih lagi mencari pekerjaan baru bergaji tetap sekadar untuk kelangsungan hidup. Khamis ni akan ada satu lagi interview untuk post ID, dan aku akan tetap pergi. Tetapi mungkin kalian di luar sana, yang sudah selesa tapi mempunyai impian untuk pergi lebih jauh, bukan sekadar di takuk 'selesa', meminati bidang ICT, inilah jalan dan caranya. Atau anda memang sedang dalam situasi sangat terdesak, ini juga caranya. Aku sememangnya sudah pun menggunakan cara lain sebelum situasi sempit ini terjadi, antaranya Network 21 (Amway), Embrand dan E-Dermawan, dan terbukti ianya memang berhasil, tanpa ragu lagi, tapi aku rasa tiada yang sebaik ETDP.

Jadi anda bagaimana?

No comments: