Oleh HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 18 April – Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut.
Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia. more...
Astaga...apa nak jadi negara kita ni? Aku nak tulis blog ni pun sebenarnya merasa sangat jijik! Tapi atas dasar tanggungjawab sebagai seorang muslim, aku merasa terpanggil untuk berkata sesuatu. Sebenarnya aku takleh bayangkan pun macam mana ada manusia sanggup nak makan sesuatu yang lebih najis dan kotor dari tahi kita sendiri nih...iyyyeekkkk!! (already scientifically proven)
Aku mempunyai fahaman politik yang agak liberal (politik sahaja, tapi agama mana ada liberal ke tak, 'no grey area'), jadi aku tak nak politikkan isu babi ni. This is just a personal opinion.
Korang pikirlah sendiri, negara kita ni 'kononnya' bertuankan Melayu dan Islam, dan Islam sendiri adalah agama rasmi termaktub dalam perlembagaan. Well, aku faham, kalau dilihat dari sudut positif, boleh jana ekonomi negara, terutama ekonomi bangsa pemakannya yang tak payah aku sebut kat sini lah. Teknologi German bakal bawa perubahan kepada sistem yang sebelum ini tak mesra alam, kepada yang lebih baik. Hmm...kita tengok je lah nanti.
Walaubagaimanapun, bila fikir2 balik, isu tapak pelupusan sampah tak efektif pun bertahun-tahun masih sama. Kita bersungguh-sungguh dengan kempen 'tak nak' merokok, padahal benda yang lebih jelas haram dan merbahaya seperti arak, kecil-kecilan je kempennya. Kenapa? Sebab kita ni majmuk? Kalau betul tak nak orang merokok, jangan jual langsung. Kalau tak nak pemandu mabuk langgar orang lain sampai mati, jangan jual juga. Aku nampak orang kita ni lebih kepada retorik berbanding realiti. Cakap je berdegar-degar, perlaksanaan? Hampeh!
Jadi siapa sebenarnya yang memerintah negara ni? Negara China yang tanah luas terbentang, rakyat berbillion orang pun sampai nak import 'najis' dari negara kita ni. Memang hebat sungguh negaraku inih...sampai dah takde benda lain dah nak eksport ke luar!
Citer banyak pun tak gune...haa, lu fikir la sendiri! (pinjam Bang Bil punya tagline)
Haa...selanjutnya, ini berita terkini selepas berita di atas di keluarkan:
Tiada cadangan eksport babi- Najib
19/04/2008 8:29pm
BANGI 19 April - Malaysia tidak akan mengeksport daging babi ke mana-mana negara sebaliknya penternakan haiwan itu di negara ini hanya untuk keperluan tempatan, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, negara ini tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menjadi pengeksport babi.
Malah katanya, pada ketika ini kerajaan dalam proses untuk menutup ladang-ladang babi yang tidak memenuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan. - Utusan
Fuhh...legaa...
No comments:
Post a Comment