Thursday, April 24, 2008

Jelingan Ayah dan Jangan Mudah Percaya MMS / Video Call

Kisah nan lawak ini aku dapat dari salah satu email aku. So, jangan ingat aku pulak yang buat perangai macam ni dulu-dulu...haw haw haw!

Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

*******************************************************

Zaman semakin maju, teknologi semakin canggih. Satu masa dulu kira cukup hebat kalau ada handphone, boleh bercakap di mana-mana, boleh sms kalau nak jimat sket. Sekarang dgn teknologi 3G, dah boleh video call plak lagi. Kalau tak bole 3G, bole hantar MMS. Tapi sebabkan canggih juge ler, macam-macam penipuan boleh dilakukan. Tengok je la video nih!



Apa la nak dimalukan, just be yourself, rite?

No comments: