Dear all. Planning to buy a videocam or a digicam? Like to get a good one with a moderate budget?
Ada beberapa perkara yang mungkin perlu anda pertimbangkan sebelum anda membeli sama kamera foto digital atau kamera video digital. Pertama, mungkin ini yang terpenting antara semua untuk kebanyakan kita: HARGA. Kalau canggih sangat tapi di luar kemampuan pun nak buat apa kan? Jadi tentukan dulu berapa bajet anda.
Kedua, KUALITI. Kualiti terbahagi dua, kualiti alatan itu sendiri dan kualiti output alatan itu (gambar, video). Kalau nak dua2 berkualiti mungkin anda kena tambah bajet sikit.
Dari segi kualiti output sesebuah kamera video atau foto digital, ianya banyak bergantung kepada jenis lensa dan jenis chip pemproses dalaman alatan tersebut. Antara jenama tersohor dan terbaik yang boleh anda dapati di pasaran untuk peralatan 'imaging' ini adalah Canon, Nikon, Sony Cybershot series, Panasonic, Olympus, dan pelbagai lagi, sekadar menyebut beberapa jenama terkemuka. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, bergantung kepada beberapa aspek tertentu.
Jika anda sekadar ingin mencuci gambar bersaiz 3R atau 4R, perlukah anda membeli kamera yang mempunyai keupayaan sehingga 10 megapiksel? Dari pengalaman saya, maksimum saya gunakan hanya sehingga 5 megapiksel, itupun untuk gambar-gambar berkaitan kerja, yang mungkin perlu dicetak bersaiz kertas A4. Untuk gambar peribadi, saya gunakan setting setakat 3 megapiksel atau lebih kecil, terutama jika gambar itu hendak di'upload' ke internet, email dll. Perlu diingat. lebih tinggi megapiksel yang kita gunakan, lebih besar saiz file dlm unit 'bytes', dan lebih besar kapasiti penyimpanan diperlukan.
Lensa lebih besar sesebuah kamera memainkan peranan penting dalam menghasilkan gambar yang lebih jelas dan cantik. Ada mungkin merasakan anda mungkin cukup hebat mempunya kamera berkeupayaan 12 megapiksel, tetapi saiz lensa hanya 35mm atau kurang. Sedangkan rakan anda mempunyai kamera 5 megapiksel, tetapi saiz lensa 70mm. Mana lebih baik? Sudah pasti 70mm! Cuma, kamera yang mempunyai lensa besar ini saiznya juga agak besar dan berat. Mungkin itu jadi penghalang, tapi jika anda memang cintakan fotografi, berat atau ringan tak penting!
Keupayaan zooming optikal. Jangan tertipu dengan '300x zoom'. Itu biasanya zoom digital. Tau je la, zoom digital ni alamat gambar leh jadi pecah2 atau 'grainy'. Zoom yang terbaik, tanpa menjejaskan kualiti gambar ialah 'optical zoom'. Untuk kamera separa SLR kini boleh didapati antara 10x-18x zoom optikal. kalau kamera kompak, 3x-7x optikal.
Demikian juga kamera video digital. Selain lensa (biasa, 3CCD atau HD), apakah media penyimpanan data yang digunakan. Sekarang ada DV Tape, SD/MMC card, DVD, malahan cakera keras (Hard Disk). Pada saya yang terbaik dari segi kualiti dan kapasiti ialah hard disk. Tapi harga kamera agak mahal untuk jenis ini. Kedua terbaik, DV Tape. Pelik bukan, kenapa bukan DVD atau SD/MMC? DVD kamera mmg nampak canggih, tapi percayalah, berdasarkan pengalaman, mutu gambar yang dihasilkan amat kurang. Kapasiti juga terhad hanya 30 minit utk setiap keping mini DVD. SD juga kapasiti agak kecil, melainkan anda tidak kisah mengambil gambar hanya dgn resolusi kecil.
Nak cerita secara detail segalanya, mmg agak panjang...jenuh korang membaca. Tapi ini sekadar salah satu ilmu am bab ni yang aku nak kongsi dgn korang.
Aku nak jual digital camera aku, Sony Cybershot DSC-H1. Mcm dlm gambar kat bawah ni. Nak baca dan tengok lebih detail lagi pasal kamera ni, klik atau surf di sini: http://www.dpreview.com/reviews/sonydsch1/
Kamera video aku pun nak jual gak, Panasonic DV NV-GS11, details here: http://www.ciao.co.uk/Panasonic_NV_GS11__5813851
Sesapa berminat leh hubungi aku: 014-3653525
Pembeli akan dapat khidmat consultancy percuma untuk setiap jenis kamera. Macam mana nak transfer ke PC/laptop/notebook, cara penggunaan setiap fungsi dll.
3 comments:
hi.. thanks for informing me about this post.. amat membantu! betol jugak apa yg saudara katakan.. terima kasih..
tp hati saye masih tetap dgn Canon Powershot SX100.. i've made comparison between both of the camera and i found that the 1st instinct is always correct.. hehe
anyway, i've linked ur blog at mine.. hope that u dont mind :)
Of course I don't mind, and I shall thank u for doing that. Yes, I also say in term of brand and performance, Canon and Nikon outdo Sony in most aspects, but u can't compare a 5mp with a 10mp of the same range. Not fair la...mcm nak race kancil 660 dgn Gen-2 1.6 plak...hehe!
hehe..my kancil ade turbo :p anyway, u really sound like a pro in this arena, unlike me, who is still the beginner. maybe u can be my teacher! really need u to teach me about this. besar pahala tuh =)
Post a Comment