Thursday, April 17, 2008

Sukses Pertama


Hari ni, jam 10.30 pagi, aku ada interview untuk jawatan Instructional Designer di Sage, Technology Park. Sampai tepat pada masanya, aku pun masuk nak berjumpa dgn penemuramahnye lah. Sekali tu ada dua org yg nak interview aku tuh, dedua kawan sendiri daa...bekas client aku jugak plak tu...haw haw haw! Maka nak dijadikan cerita, lebih jadi kepada sesi berborak la plak. Cerita tak kena mengena pun masuk gak. Lepas tu, ada test yang aku kena buat dalam masa 45 minit. Dah siap test tu, aku pun hantar, dan say bye bye kat kekawan aku tuh. Ada rezki kat situ, insya-Allah dapat la aku start bulan depan...


Lepas tu, aku pun menuju ke Sec.27 Shah Alam. Dah lama tak jumpa kawan2 kat Aspati Sdn Bhd. Di samping tu aku terfikir, kalau ada peluang, aku nak 'show the plan' of ETDP kat sesiapa yg aku jumpa kat sana. Sampai kat situ, aku pun masuk lah bilik boss, En Sham, cadangnya nak berasap dulu sbb bilik tu satu2 tmpt boleh berasap kat dlm opis. Rupanya Sham kluar dgn boss Designel, Zahir, but on the way balik ke situ dah. Dalam bilik tu, aku jumpa one of Sham's business partners, si Tapa. Setelah berbasa-basi sedikit sebanyak, saje je aku cerita pasal ETDP nih. Walaupun Tapa nih memang dah pun jadi usahawan yang berjaya, dia menunjukkan minat yang sgt lah mendalamnya terhadap program ni. Tak lama lepas tu, Zahir & Sham pun pulang, dan terangkan lebih lanjut tentang ETDP. Walaupun Tapa masih belum sign-up ketika aku keluar dari bilik tu, tapi dia memberi jaminan akan sign-up dan aku yakin dia akan melakukannya dalam waktu terdekat ini. Sesetengah orang memang perlu sedikit masa untuk berfikir...


Maka seterusnya aku pun menuju tingkat dua pejabat Aspati yang sempoi tetapi indah itu. Lama tak jumpa bebudak yang masih ada kat situ, dari zaman aku dok buat voice-over dulu. Nazim, Salim, semua dah jadi otai2 besar, senior staff la katakan (umur depa nih mude dan bujang lagi, cuma dah lama kerja situ ler). Memang aku dah start bagi penerangan ringkas tru YM kat Nazim nih, salah seorang graphic designer terulung kat situ, (dan juga gitaris yang hebat), setelah dia membaca blog nih pasal ETDP, maka aku pun terus tanpa membuang waktu kerjanya yang banyak, menerangkan dengan lebih detail tentang program nih. Habis penerangan, tanpa banyak soal, Nazim isi borang pendaftaran dan turunkan tandatangan. Kemudian seluk poket keluarkan wallet, tapi tak cukup cash, dan dia pulak tak pakai kad kredit (bagus, jgn buat hutang, buat duit!). No problem, aku bagi nombo akaun bank aku untuk dia transfer duit (pada masa aku menulis ni, duitnya dah masuk pun) dan aku akan buat online payment guna my own credit card. Syabas Nazim! You made the right choice. You are now officially one of ETDP members!


Maka jadilah dia juga orang yang pertama aku recruit secara rasmi mendaftar untuk program ini, dalam masa tak sampai seminggu aku sendiri mendaftar sebagai ahlinya. Kenapa Nazim, walaupun dia sendiri salah seorang staff Aspati yang sudah sgt hebat dengan kemahiran yang ada dan gajinya juga berpatutan, mengambil keputusan untuk menyertai ETDP? Kerana dia mahu memajukan dirinya. Kerana dia bercita-cita untuk tidak sekadar duduk di takuk yang sama. Kerana dia tidak mahu sekadar makan gaji di syarikat yang merupakan salah satu penganjur dan technology partner dalam program ini. Kerana dia ingin menambah ilmu di dada seterusnya pendapatan peribadinya. Kerana dia masih boleh bekerja sepenuh masa dan pada masa yang sama belajar menjadi usahawan dan menambah simpanan kewangan!


Semoga hari-hari akan datang, lebih ramai lagi yang akan mempunyai kesedaran dan semangat seperti Nazim. Dan kepada anda di luar sana, apa lagi yang anda nantikan? Duit jatuh dari langit? Maaf, saya rasa itu tak akan berlaku. Dah berpuluh tin saya minum 'pawa rut', tapi saya masih guna motor yang saya beli sendiri, dan tak menang apa2. Jika anda berminat untuk penerangan terperinci mengenai program ini, hubungilah saya melalui email yusri@designelmedia.com.my atau boleh terus telefon / sms di talian 014-3653525 untuk kita buat appointment dan bersua muka. Satu majlis penerangan juga bakal di adakan di Open University Malaysia pada Sabtu 10 Mei 2008 insya-Allah.


Moga kita semua berjaya. Chaiyyookkk!!!!

No comments: