Gambar di atas menunjukkan sebahagian tanah kebun dan rumah yang didirikan untuk berehat dan tempat tinggal pekerja kami.
Aku dah pening makan gaji. Kerja teruk-teruk 8 jam sehari, sama ada terperuk mengadap pc atau pun terpaksa merayap sana sini jumpa client.
Aku rasa, selain melalui teknologi ICT untuk berbisnes, either it is network and affiliate marketing, e-dagang, dan yang lain-lain yang terbukti berkesan, aku juga ingin cuba menceburi satu lagi bidang perniagaan tradisional yang sememangnya kini kerajaan amat menggalakkannya melalui cogankata "pertanian adalah perniagaan". Aku memang nampak kebenarannya. Lebih kurang 15 tahun dulu, ayah aku terkena tempias gawat tahun 1997-98. Selepas dia pencen tahun 1994, dia concentrate dgn bisness construction yg sebelum itu cuma part-time. Memang kencang, tapi bila Soros menyerang, habis semua saham jatuh, termasuk bisnes pembinaan ni. Maka dia pun fed-up, mana baki duit pencen yg masih selamat, digunakan untuk membeli sebidang tanah di daerah raub, Pahang. Mula2 tanah itu dipajak, kemudian bila dah membuahkan hasil, tanah itu dibeli.
Apa yang nampak dalam gambar tu ialah sebahagian dari keluasan keseluruhan 20 ekar. Masa aku mula2 jejakkan kaki ke situ, tempat tu dipenuhi semak-samun, pokok getah tua dan pucuk paku di merata-rata. Sebelum mula diusahakan dengan majoriti pisang dan durian, kerja aku kutip pucuk paku, tolong ayah aku jual kat pasar tani. Masa tu aku student lagi, bila cuti panjang je itulah kerja. Kemudian, bila tanah tu dah diterangkan, aku antara perintis menanam pisang dalam 1-2 ekar, dibantu oleh pekerja ayah aku.
Setelah 10 tahun, ayah aku pun semakin tua, pekerja plak, asal abis permit je kena balik indon dulu baru bole renew. Mak aku dah lama cadangakan tanaman buah2 ni ditukar kepada kelapa sawit, lebih untung, kurang plak nak jaga sangat. Maka bermula lebih kurang 2 tahun lepas, sedikit demi sedikit tanaman ditukar kepada kelapa sawit. Pisang dihabiskan, durian dikurangkan (harga durian pun la ni dah tak macam dulu, murah sgt dah), dan ada beberapa pokok dukung, ciku dan jambu madu yang berbuah ikut musim dikekalkan.
Teruk kerjanya dan susah, kan? Belum kira lagi kos perjalanan, masa, modal, overhead cost dan lain-lain!
Jadi, sementara menunggu lebih kurang 500 batang pokok sawit ni besar, aku bercadang (baru cadangan la) sesungguhnya aku teringin nak menternak. Mungkin kambing berkandang, sedikit kawasan nak buat kolam keli, dan kalau dah besar pokok nanti boleh ternak lembu plak (ternak utk daging plus menjadi mesin rumput semulajadi). Cuma, aku masih kurang ilmu bab ni. Minat ada, tapi kurang ilmu susah juga. Macam juga kalau kita nak jadi technopreneur, kalau minat aje gila-gila, takde pengetahuan bagaimana dan kat mana nak mula, memang susah!
Maka, tujuan utama post blog kali ni ditulis, aku nak beritau, kalau ada minat nak jadi usahawan dalam bidang ICT alias 'technopreneur' tu, Eilham Technopreneur Development Program (ETDP) ialah salah satu jalan dan caranya. Nak tau caranya, you know what you have to do; call or email and meet me. Dan tujuan keduanya ialah, kalau ada sesapa pulak yang tau jalan untuk aku menjadi usahawan dalam bidang penternakan dan pertanian sebagaimana dah diceritakan tadi, bolehlah kongsi bersama dengan aku, sama ada melalui komen di blog post ini, atau hubungi aku. Kita bertukar2 ilmu dan jalan, insya-Allah berkat kehidupan dan pendapatan.
Ingatlah kata-kata "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" or "when there's a will, there's a way", cuma kadangkala kita perlu dapatkan bantuan mencari jalan itu. Malu bertanya, sesat jalan!
3 comments:
memang bagus berbudi pada tanah.
sama la kita... my mom pun duk buat kebun sayur dan jagung kat Pekan. skrg ni, maid kami suami isteri yg duk jaga kebun tu. sekarang ni dah besarkan sikit memandangkan ada permintaan. bak kata org, sikit2 lama2 jadi bukit
tu lah, bila dah jadi bukit, boleh plak bercucuk tanam di atas dan lereng bukit tu... ;)
nampaknye mmg bukan mudah nak realisasikan my plan to get into this Agro-biz. dah le kureng pengetahuan, kureng modal, pastu my stamina and endurance is not built to stand this kind of hard work. may be i have to postpone the plan for a while, since masalah hakmilik tanah ni pun blom settle lagi dgn pejabat tanah daerah & D.O. ...pheww!
Post a Comment