Wednesday, April 23, 2008

Sukses Lagi? Insya-Allah...Chaiyyookkk!

ETDP Mengembangkan Sayapnya Ke RTM

KUALA LUMPUR 23 April - Eilham Technopreneur Development Program (ETDP) atau Program Pembangunan Usahawan-Tekno Eilham mengembangkan penguasaan pasarannya ke stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Menurut jurucakap program tersebut, sahibbul fadzilah al-maulana Mohd Yusri Yusoff Al-Haj, program berniat mulia lagi disokong badan-badan bertauliah itu kini dalam perancangan mengorak langkah lebih besar lagi. more...

Ewwahh...mcm berita betul2 plak yer! Hehehe...gimmick je beb...

Jam 2.30 petang hari ni, aku bertolak menunggang 'super-moskito'ku ke kawasan panas - Pantai Dalam. Kenapa panas, padahal masa tu mendung macam nak hujan? Ha...sendiri mau ingat, kawasan Nurul Izzah DSAI tu....hehehe.. Nak ke mana aku? Ke sini:


Aku nak ke bangunan Angkasapuri. Ke Radio Televisyen Malaysia. Stesen penyiaran pertama dan tertua di negara ini. Stesen penyiaran kepunyaan Kerajaan Pemerintah a.k.a. kerajaan pusat.

Tapi bukanlah mengenai stesen ini yang aku nak ceritakan. Kalau nak cerita sejarah ke, fungsi RTM ni ke, korang pergilah website RTM atau Kementerian Penerangan ke.

Aku ke sana dengan satu tujuan dan matlamat: mengembangkan dakwah ke arah menjadi manusia lebih berilmu dan berharta. Mengajak rakan bersama-sama mengecap kejayaan melalui ETDP.


Sampai di kantin RTM lebih kurang jam 3.15pm (setelah melalui proses meninggalkan lesen memandu dan mengambil pas pelawat di pondok pengawal), cik Aisya Melissa, pembaca berita radio terkenal bersuara lunak yang comel lote, dan cik Sarah, Editor berita radio tersohor yang semakin hari semakin sihat (maklumlah, senang hati dah nak kawin...ewwahh!) sudah sedia menunggu dengan masing2 begitu khusyuk mengadap hidangan nasi campur. Baru nak lunch ler tu...maklumlah, orang sibuk kerja, kan. Maka tanpa membuang masa, aku pun menyapa dengan cerianya, meletak beg, lalu pergi meninggalkan mereka untuk mengorder lantas mengambil nescafe tarik sendiri tanpa disuruh.

Setelah aku duduk dengan letihnye akibat menunggang 'nyamuk super', tetapi macho tetap dikontrol, aku pun membuka pencak bicara, sekadar mukadimah berbasa-basi. Usahawan kena cergas dan ramah beb, baru bole sukses! Nescafe dihirup sopan, alkisah ETDP lantas kuperbentangkan. Mereka mendengar dengan khusyuk sepertimana khusyuknya mereka makan tadi. Apa yang aku suka tentang bakal-bakal usahawanita di depan aku ini ialah, mereka BUKAN pendengar pasif. Inilah ciri-ciri yang diperlukan seorang usahawan berjaya. Aktif bertanya soalan untuk mendapatkan kefahaman yang jitu.

Setelah lebih kurang sejam setengah aku bersilat mulut, maka sampai ke bahagian mengisi borang keahlian. Nampaknya bila sampai bab ni, mereka perlukan masa. Perlu diingat, sebaiknya dalam apa-apa business deal, we have to close the deal as soon as possible, or at least within 48 hours after your presentation. Dalam kes pada hari ini, mereka tidak terus mengisi borang dan menurunkan tandatangan. Tapi mengapa post ini aku namakan 'Sukses Lagi', sedangkan mereka belum lagi menjanjikan apa2? Kerana, pada aku, menyebarkan ilmu itu adalah satu kejayaan. Meyakinkan mereka sudah cukup membuatkan aku merasa puas. Jika selepas 48 jam mereka masih belum memutuskan, we can always say 'NEXT'....

Aku yakin, sekurang2nya mereka tahu tentang program ini, dan akan menyebarkannya, terutama kepada mereka yang berminat. Jikalau mereka menyertai ETDP, ianya bagaikan satu bonus. Aku malah yakin mereka akan menyertai, kerana mereka ialah warganegara yang bijak (ingat senang ke nak dpt kerja kat RTM, aku sampai la ni tak dapat2!). Mereka cuma perlu masa, mungkin untuk berfikir dan mengkaji, mungkin juga kerana belum masuk gaji. What is important is to create awareness in the first place, that is one major ingredient to succeed in ANY business. Then, the journey will continue...

p/s: Aisya dan Sarah jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, masa terus berjalan meninggalkan kita. Ingatlah, berawal-awal itu membuka pintu rezeki yang lebih luas...!

2 comments:

JuJu Eyedaa said...

Having positive attitude and being optimistic are signs that say u are in one of the steps towards success...

Good Luck to ETDP!

Yuzray Eusoph said...

Thanx, and Insya-Allah. Hope you will succeed urself. Takkan good luck je, meh le join! :)